09 October 2025

BILA AMMAR AHYAN TERUJA TERIMA HADIAH KERETA PORSCHE - ALIFF SYUKRI & ISTERI MAHU MUDAHKAN ANAK SULUNG KE KOLEJ : "JANGAN LUPA DIRI... JANGAN RI4K"



"Mama dan papa dah lama nak belikan kereta untuk Ammar. Dia pun dah besar dan senanglah nak ke kolej. Ammar tak minta pun kereta apa, dia cuma kata janji ada kereta dah cukup."

Itulah kata isteri kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, dimana dia dan suaminya itu telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian video itu, Ammar kelihatan sangat terk£jut dan melompat kegembiraan ketika melihat kereta baharunya di perkarangan rumah.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Shahida menjelaskan, hadiah bernilai kira-kira RM350,000 itu diberikan sempena anaknya yang kini sudah dewasa dan memiliki lesen memandu.

Tambahnya lagi, mereka sengaja merahsiakan ketibaan kereta itu untuk membuat k£jutan, selain turut menasihati anaknya agar tidak lalai dengan kemewahan dunia.
"Sepatutnya kereta sampai awal, tapi tertunda sedikit. Kami rahsiakan sebab nak buat k£jutan. Insya-Allah, bila sampai masa nanti, anak-anak lain pun akan dapat rezeki masing-masing.

"Mama dan papa nak pesan, jangan lupa diri. Solat jangan tinggal, jangan ri@k. Ingat, Allah boleh tarik nikmat bila-bila masa kalau kita tak bersyukur," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: