09 October 2025

SUARA MASIH 'CR4CK' LEPAS TERKENA JANGK1TAN INFLU£NZA - SHUIB SEDIH LIHAT THALITA BERLATIH VOKAL : "MAAFKAN DADDY LETAKKAN AWAK DALAM SITUASI BEGINI..."



"Maafkan daddy (panggilan Shuib) letakkan awak dalam situasi begini di usia yang masih terlalu muda. Suara masih lagi 'cr@ck' dan dada s£mpit, sus@h untuk bernafas."
Demikian tutur pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, menerusi media sosial miliknya, dimana dia meluahkan rasa simpati terhadap anak keduanya, Thalita, yang terpaksa menjalani latihan bagi acara Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) walaupun kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.

Jelas Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41, anak perempuannya itu masih mengalami kesuk@ran bernafas serta mas@lah suara, meskipun baru sahaja sembuh daripada jangk1tan influ£nza.

Dalam perkongsian itu, Shuib turut berkongsi video yang memaparkan Thalita sedang menjalani latihan bersama guru vokal, Cikgu Shafi yang dilihat beberapa kali mengusap dada dan belakang badan Thalita kerana mas@lah suara yang dihadapinya semasa latihan.

Disamping itu, Shuib juga menitipkan kata-kata semangat buat anaknya agar terus kuat berdepan ujian yang datang, walaupun ada pihak yang mempertik@ikan segala usaha mereka.

Bukan itu sahaja, malah Shuib dalam masa sama turut menasihatkan agar Thalita percaya dengan segala rezeki yang sudah tertulis buat dirinya.

"Insya-Allah sabar sayang, dug@an untuk kita. Biar apa orang nak cakap, asal kita tahu apa yang kita buat. Rezeki Allah dah pun tetapkan, kita usaha dan tawakal Thalita.

"Cuma percaya pada proses, perjalanan kita jauh lagi. Semoga yang baik-baik untuk kita dan semua. Daddy selalu ada sampai daddy tutup mata. Awak boleh buat!" kongsinya.

Sebelum ini, nama Shuib dan Thalita menjadi perbualan hangat susulan rata-rata penonton TTMM tidak berpuas hati apabila anak beranak ini berjaya ke Grand Finale walaupun tidak beraksi di pentas akhir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: