"Kereta mewah supaya nampaklah mewah sikit anak saya. Tak naklah orang fikir anak sel£keh, saya seorang sahaja yang ke depan.
"Dulu saya dah penat bising fasal fesyen dan rambut dia yang selalu 'kembang', tapi bila dia makin besar saya nampak ada kemajuan. Sekarang ada gaya sikit.
"Saya juga nak orang tahu bapa dia bukanlah seorang yang ked£kut. Saya tak nak orang pandang 'anak jutawan tapi dia menyedihkan'. Saya tak nak begitu."
Klik untuk gambar besar
Jelas Aliff, dia mahu menjaga imej anaknya serta tidak mahu melihat dirinya sahaja yang ke hadapan, tambahan pula dia melihat kemajuan pada Ammar sekarang.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu, dia dan isteri pada awalnya bercadang untuk membeli kenderaan biasa seperti Honda atau Mercedes, namun selepas berfikir, dia mahu anaknya itu kelihatan hebat.
"Asalnya saya dan isteri nak belikan Ammar kereta Honda je. Paling maksimum pun kereta Mercedes lah. Fikir punya fikir, saya nak Ammar 'enjoy' zaman muda dia.

"Waktu sus@h nanti, t@kut saya tak boleh bagi. Kalau mampu beli Axia, Axia sahajalah saya mampu tapi memandang ada kemampuan, saya nak dia seronok hidup sekarang.
"Apa yang saya buat sampai hari ini adalah untuk anak saya juga. Sejujurnya, saya gembira bila tengok dia (Ammar) gembira," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment