"New beginnings (kehidupan baharu)," demikian tulis penyanyi Amylea Azizan secara ringkas menerusi perkongsian di media sosial miliknya, baru-baru ini.
Amylea dilihat bertindak memadam semua foto serta kenangan bersama bekas suami, Mohammad Aqbar selepas mengumumkan berita perceraiannya itu.
Bukan itu sahaja, malah Amylea juga memadam foto perkahwinannya sebagai simbolik untuk memulakan fasa baharu dalam hidup.
Namun apa yang lebih mendapat perhatian, Amylea turut memilih lagu 'Thank U, Next' nyanyian Ariana Grande sebagai muzik latar yang menggambarkan semangat untuk terus maju ke hadapan.
Klik untuk gambar besar
Pada ukiran arca tersebut tertera tulisan nama 'Amy X Ash' (bekas suami) yang dilihat dibuang terus ke dalam tong sampah dipercayai dibuat untuk menutup kisah lama.
Sebelum ini, Amylea mendedahkan dia dan suaminya telah pun berpisah, namun tidak berkongsi tarikh sebenar perceraian itu.
Penyanyi berkenaan menerusi kenyataan pada 12 Oktober lalu, hanya memaklumkan tempoh idahnya telah berakhir.
Untuk makluman, pada 27 November 2023, Amylea sah bergelar isteri kepada Mohammad Aqbar atau lebih mesra disapa Ash, namun merahsiakan tarikh sebenar pernikahannya.
Pasangan ini menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan anggota bomba di Singapura.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment