17 October 2025

TEMUI CINTA BAHARU - ASNI MANSOR KINI ISTERI KEPADA LELAKI PAL£ST1N-AMERIKA



"Ada ketentuan yang tertulis. Ada takdir yang terlukis. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Secara sah saya zaujah kepada Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik. Suami saya Pal£st1n, warga Amerika Syarikat."

Itulah kata pendakwah bebas, Ustazah Asni Abu Mansor, dimana dia memaklumkan dirinya kini bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Mounir Abdul Kareem Kaddoura yang merupakan warganegara kelahiran Amerika Syarikat berketurunan Pal£st1n.

Asni berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada awal pagi Jumaat.

Dalam perkongsian tersebut, Asni meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan jodoh yang sudah ditakdirkan untuknya, namun pendakwah itu bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan mereka.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu.

"Alhamdulillah, dah ada jodohnya. Selamat pengantin baru!"

"Jodoh ketentuan Allah, tahniah dan semoga kekal bahagia selamanya."
"Ustazah kesukaan saya ni. Tahniah dan semoga berkekalan hingga ke syurga," antara komen-komen yang ditulis netizen.

Untuk makluman, Ustazah Asni sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nasir Rustam Al Hafiz, namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.

Hasil perkongsian hidup terdahulu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani, dan Muhammad Naufal Kholili.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: