17 October 2025

BELI LAMBORGHINI - NETIZEN KAGUM DENGAN KEJAYAAN SYAFIQ KYLE, DEDAH BULANAN RM39,000



Nama pelakon Syafiq Kyle ketika ini menjadi bualan selepas dia dikhabarkan membeli Lamborghini SVJ berwarna biru.

Perkara itu dikongsikan seorang penjual kereta mewah (recon) di media sosial dan perkongsian itu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Syafiq disamping Lamborghini.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen teruja serta tertanya-tanya adakah benar Syafiq membeli kereta mewah berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Pertanyaan itu mendapat respon penjual kereta tersebut apabila mengesahkan pelakon terbabit membeli kereta berkenaan.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Thr£ads, seorang individu kagum dengan kejayaan Syafiq membeli kereta berkenaan serta mendedahkan bayaran bulanan kereta tersebut mencecah RM39,000.
Dalam hantaran tersebut, individu itu turut menyertakan iklan kereta berkenaan bersama harga yang tertera bernilai RM3 juta.

Katanya lagi, tidak mustahil untuk Syafiq membeli kereta berkenaan kerana muncul dalam beberapa filem untuk setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: