"Pada malam itu, dia (Nubhan) datang ambil saya di rumah, kami makan malam dan berbual seperti biasa. Tapi dalam perjalanan balik rumah, suami lafazkan cerai.
"Saya terk£jut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud sal@h faham. Saya tidak pernah terbayang langsung perkara ini akan berlaku."
Demikian tutur isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, dimana dia mengakui terk£jut apabila diceraikan suami buat kali kedua pada 26 Ogos lalu di dalam kereta.
Kata Afifah, ianya berlaku secara tiba-tiba selepas mereka keluar makan malam dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Dalam pada itu, ditanya mengenai situasi ketika talak dilafazkan, Afifah memaklumkan, semuanya berlaku secara mengejut tanpa perg@duhan besar.
"Tidak ada perg@duhan. Kami berbual seperti biasa, malah dia membawa saya keluar makan. Tiada pert£ngkaran, hanya perbincangan suami isteri yang biasa. Tidaklah sampai berg@duh secara keterlaluan," jelasnya
Afifah bagaimanapun reda dengan ujian yang berlaku, selain memberitahu, ibu mentuanya dikenali sebagai Mak Jenny, tahu mengenai apa berlaku serta mereka ada bertemu baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
"Sudah lebih sebulan kami tidak tinggal sebumbung, sejak penghujung Ogos hingga sekarang. Kadangkala rumah tangga ada pasang surutnya. Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana semuanya boleh jadi begini. Namun, saya masih sayangkan keluarga saya.
"Dengan Nubhan, saya masih berhubung hanya untuk hal berkaitan anak-anak. Biasalah, anak-anak mencari ayah mereka. Nubhan kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada, jadi itu perkara biasa bagi anak-anak," katanya.
Selain itu, berhubung rumah milik Nubhan yang terletak di Southville, Dengkil, Selangor, Afifah berkata, dia tidak tahu mengenai kewujudan rumah berkenaan kerana menyangka ia milik sepupu suaminya.
"Saya tidak tahu pun rumah itu milik kami. Saya ingatkan rumah sepupu dia," ujar Afifah yang turut berkata, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah berkenaan sepanjang 10 tahun perkahwinan.
Difahamkan, Nubhan memiliki sebuah rumah yang terletak dalam mukim Sepang dan rumah tersebut menjadi faktor utama k£s pengesahan lafaz cerai pasangan itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Semalam, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu, namun apa yang lebih meng£jutkan, pasangan ini pernah bercerai pada 2017 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.
Dalam pro0siding itu, Hakim Syarie menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh keputusan selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam syarie masing-masing.
Sementara itu, Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, tampil menafikan wujud orang ketiga yang menggug@t keharmonian rumah tangganya bersama isterinya sehingga dia melafazkan talak.
Ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Nubhan yang diwakili peguam Mohd Redzuan Ramli, berkata, dia tahu berita perceraiannya meng£jutkan banyak pihak, namun memohon doa daripada semua pihak.
"Itu tidak benar sama sekali. Saya faham, banyak sp£kulasi yang timbul. Perkara ini memang meng£jutkan semua pihak dan orang boleh berfikir pelbagai.
"Saya cuma berharap agar semua menghormati pr0ses yang sedang berjalan. Saya juga mengharapkan yang terbaik untuk diri saya dan juga pihak sana," ulasnya yang reda dengan apa yang berlaku.
"Apa yang boleh saya katakan, saya hanya meminta doa yang terbaik untuk kami. Tiada sesiapa pun yang menginginkan perkara ini berlaku. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen lanjut kerana isu ini masih dibicarakan di mahkamah.
"Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 2 Disember nanti. Bagi saya, saya reda dengan apa yang berlaku. Saya hanya berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami.
"Saya menghormati semua yang hadir hari ini (semalam), namun saya tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak," tutur Nubhan, dimana dia turut memaklumkan kepada ibunya yang juga pemp£ngaruh itu mengenai perceraian ini.
"Mak saya dalam keadaan baik. Saya sudah maklumkan kepadanya. Anak-anak pun Insya-Allah semuanya baik-baik. Sekarang mereka di bawah jagaan pihak sana," katanya.
Untuk makluman, Nubhan dan Afifah yang merupakan seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment