07 October 2025

AMYZA AZNAN TAMPIL BERTUDUNG TARIK PERHATIAN : "DIA MEMANG SUDAH KE ARAH ITU (MENUTUP AURAT), INSYA-ALLAH DOAKAN MOGA ISTIQAMAH YA"



Pelakon Amyza Adnan, 48, menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini telah memuat naik foto tampil dirinya tampil sopan ketika menggayakan tudung rona tanah.

Tanpa sebarang kapsyen, Amyza hanya meletakkan tanda sempang (-) dengan menggunakan lagu 'Antara Hujan & Airmata' nyanyian Saleem sebagai muzik latar.

Perkongsian pelakon drama 'Andai Tiada Dia' ini menarik perhatian ramai, dimana rata-rata netizen memuji kecantikan Amyza dan mendoakan agar dirinya kekal istiqamah.

"Masya-Allah cantiknya, semoga istiqamah ya kak."

"Alhamdulillah, semoga Allah merahmati dan melindungi kamu kakak. Manis sangat," itulah antar komen-komen yang ditulis netizen.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, pengurus Amyza dikenali Fasyam ketika dihubungi, berkata, pelakon berkenaan sudah berniat untuk berhijab dan masih mencuba untuk ke arah menutup aurat.

Tutur Fasyam lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan Amyza dipermudahkan dan kekal istiqamah.

"Perkongsian itu anggap sebagai percubaan dulu sebab dia (Amyza) masih dalam penggambaran yang tidak berhijab.

"Tapi dia memang sudah ke arah itu (menutup aurat), Insya-Allah doakan moga istiqamah ya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: