"Saya tidak berani untuk digelar pelawak sebab saya bukan seorang pelawak tapi hanyalah seorang pengacara yang boleh melawak saja.
"Kalau nak pegang gelaran seorang pelawak itu berat sebenarnya sebab perkara ini sentiasa akan bermain dengan em0si orang lain.
"Kadang-kadang lawak yang disampaikan itu orang faham dan boleh jadi tidak," ujar pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal, 53.
Akui AC, meskipun dia mempunyai personaliti menghiburkan sebagai seorang pelawak, namun dia belum bersedia untuk menceburi bidang komedi sepenuhnya.
Ini kerana kata pemilik nama sebenar, Mizal Zaini, dia khuatir sekiranya jenaka yang disampaikan tanpa sengaja boleh mengg0res hati mana-mana pihak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment