07 October 2025

MAHKAMAH BENARKAN DAPAT SEMULA PASPORT BUAT SEMENTARA WAKTU - VIVY YUSOF & SUAMI AKAN SERTAI PERCUTIAN ISLAMIK DI ISTANBUL



Pada Selasa, pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof, 38, dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, 37, telah mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka buat sementara waktu untuk menghadiri pr0gram Islamik di Istanbul dan Bosnia, selepas dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam Shaarvin Raaj, yang mewakili pasangan berkenaan.

Difahamkan, pasport pasangan itu akan dipulangkan hari ini dan perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 13 November depan.

Jelas Shaarvin, anak guamnya itu akan menyertai pr0gram Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael Ibrahim dari 4 hingga 11 November, dan memerlukan pasport segera bagi urusan visa.

Sementara itu, timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah pula turut memaklumkan, pihak pendakwaan tidak membant@h permohonan tersebut.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, mahkamah turut membenarkan Vivy dan suaminya itu mendapatkan pasport untuk menunaikan umrah pada Disember 2024.

Pada 5 Disember tahun lalu, Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersal@h atas tuduhan p£cah amanah melibatkan dana pel@buran Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Pasangan itu didakwa sebagai pengarah FashionValet melakukan p£cah amanah dengan memindahkan RM8 juta daripada akaun syarikat kepada 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan lembaga pengarah pada 21 Ogos 2018 di sebuah cawangan Public Bank di Bukit Damansara.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Kes£ksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukvman penj@ra dua hingga 20 tahun, s£batan dan d£nda jika s@bit kesal@han.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: