07 October 2025

LANCAR SINGLE BAHARU LEWAT - ANUAR ZAIN MAHU HORMAT PEMERGIAN BAPA



"Pada asalnya, kami merancang memprom0si single 'Jangan Henti' lebih awal, tetapi apabila abah meninggal dunia, semua urusan terhenti.



"Saya serba sal@h kerana abah baru tiga hari pergi, namun saya tetap perlu bekerja. Saya kena bersikap profesional dan pada masa sama, tidak mahu mengec£wakan klien serta peminat.

"Walaupun berat, saya tetap jalankan tanggungjawab seperti biasa," itulah kata penyanyi Anuar Zain, dimana dia menangguhkan pelancaran single terbaharu, 'Jangan Henti' susulan pemergian bapanya, Allahyarham Zin@Zain Abdullah pada 26 Ogos lalu.

Jelas Anuar, lagu paduan suara bersama kumpulan Empat yang menampilkan kakaknya, Ziana Zain serta pasangan anak saudaranya, Ernie Zakri dan Syamel, sepatutnya dilancarkan lebih awal.



Anuar yang ditemui pada majlis pelancaran muzik video 'Jangan Henti' di ibu negara, baru-baru ini, berkata, disebabkan keadaan kesihatan arwah bapanya yang mer0sot menyebabkan perancangan ditunda.

Ujarnya lagi, biarpun pelancaran single itu tertangguh, dia tetap menunaikan janji memperkenalkan lagu berkenaan sebelum Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 di Mega Star Arena pada 18 Oktober ini.

"Penangguhan itu bukan disengajakan, tetapi disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan," ujarnya yang turut mengakui, dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehilangan insan tersayang, namun bersyukur diberi kekuatan menghadapi ujian berkenaan.



"Allah yang beri ketabahan ini. Kami adik-beradik saling menyokong antara satu sama lain dan sering bertanya keadaan masing-masing. Namun, paling penting adalah keadaan emak. Alhamdulillah, berkat doa anak-anak dan orang ramai, emak semakin kuat.

"Awal dulu kami risau kerana mereka sudah bersama selama 58 tahun. Tetapi, Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ini emak nampak semakin kuat dan mula menerima kenyataan," katanya.

Lagu 'Jangan Henti' ciptaan Edry Abdul Halim dengan lirik oleh Syamel, Ernie Zakri dan Edry, dihasilkan melalui kerjasama Anuar Zain Network Sdn Bhd, Ziana Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: