"Saya masih dalam proses memujuk dalam setahun ini. Saya cuba sedaya upaya. Memang dia sudah n£kad (bercerai) pun. Sebelum ini, ramai tahu saya tak dapat berkomunikasi dengannya sehinggalah baru-baru ini, Anggun mel£cur di bahagian kaki.
"Jadi, dia terpaksa berkomunikasi dengan saya untuk saya ambil alih hari-hari yang saya kena jaga anak mengikut jadual. Alhamdulillah, ia permulaan yang baik.
"Lama-kelamaan, sampai ke hari ini masih lagi boleh berkomunikasi. Cuma, dia minta saya hormati keputusan dia. Saya masih fikir ada ruang, Insya-Allah."
Itulah kata pelakon dan penyanyi, Beego, 45, dimana dia akan terus berusaha memujuk pelakon Linda Hashim walaupun sedar bahawa isterinya itu n£kad bercerai, namun ia langsung tidak memat@hkan semangatnya.
Ujar Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, titik permulaan untuknya dapat kembali berkomunikasi dengan Linda, adalah selepas anak kedua mereka, Anggun Cassandra, 10, berdepan keced£raan, baru-baru ini.
Disamping itu, kongsi Beego, dia baru-baru ini sempat meluangkan masa untuk keluar makan bersama keluarga serta menunaikan permintaan anak bongsunya, Indah Camelia, 6.
"Kalau keluar makan dengan anak, tak boleh nak katakan bahawa nampak boleh selesai dengan cara baik sebab ramai-ramai. Kalau dapat keluar makan 'candle light dinner', Insya-Allah.
"Seperti saya kongsi, saya pernah hantar bunga ke rumah dan sebagainya. Pendekatan sekarang lebih kepada dia sendiri lihat, misal kata dengan ketiadaan saya, bila bersama anak-anak.
"Saya ada permintaan dari anak bongsu, yang minta kami tak cerai. Untuk budak berumur enam tahun cakap begitu, ia menyentuh saya. Harapnya, ibunya dapat melihat dari sudut p0sitif," tuturnya.
Dalam pada itu, Beego berkata, dia bagaimanapun enggan mengal@h dan terus menerus berdoa agar pintu hati Linda dibuka untuk memberi peluang kepadanya bagi memperbaiki rumah tangga mereka.
"Semua manusia melakukan kesil@pan. Hukvman pun saya dah kena sebab satu Malaysia dah tahu. Saya cakap kepada Linda, kalau awak beri saya satu lagi peluang, semua orang akan perhatikan saya. Jadi, tak ada rvgi pun kalau dia beri peluang kepada saya.
"Dalam proses itu ada hari-hari yang buat saya rasa bahagia. Dia berikan kunci rumah kepada saya untuk saya jaga anak-anak. Saya dibenarkan tidur di Sri Rampai di mana dia dibesarkan.
"Saya rasa, satu langkah terbaik untuk dia bawa keluarganya menetap di sana dan saya cakap kepada dia, kalau saya pindah sana pun tak ada masalah sebab itu tempat yang berikan aura p0sitif kepadanya.
"Dia boleh imbas kembali zaman dia membesar dan arwah mamanya membesarkannya di situ. Kita pun dapat buat sesuatu yang terbaik untuk anak berbanding tinggal berasingan.
"Kadang-kadang, bila hantar anak-anak, mereka peluk dan ajak masuk dalam rumah. Memang tersentuh," ujarnya yang turut men£gaskan bahawa dia bukanlah menggunakan sentimen anak demi memperbaiki hubungan rumah tangga yang dibina sejak 2013 itu.
"Saya tak pernah bermain dengan sentimen anak. Mereka akan sentiasa beritahu perkara benar. Bila mereka nak ibu bapa bersama, itu jujur dari hati mereka.
"Ini bukan mengenai kahwin dua, tiga atau empat tapi mengenai bagaimana memperbaiki hubungan yang datang selepas berlaku pergolakan. Ini fasa di mana Linda perlu ada keterbukaan sedikit.
"Sebelum ini orang rasa anak tr@uma dengan saya dan ada yang dakwa saya jumpa anak di tepi longkang. Sebenarnya, di tepi tangga.
"Dengan jadual saya yang padat tahun ini sampai Januari tahun depan, kadang tak ada masa. Cuma, saya harap yang terbaik," jelasnya.
Terdahulu, Linda menuntut cerai daripada Beego di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu.
Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun kembali rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Selain Anggun dan Indah, perkahwinan Beego dan Linda juga dikurniakan cahaya mata pertama, Jelita Clarissa, 11 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment