"Saya memang tak nak berikan penjelasan apa-apa mengenai rumah tangga saya sebab saya rasa benda itu tak penting untuk diketahui ramai. Saya tak cakap saya bahagia sebab kalian pun tahu, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya.
"Jadi apa yang penting, kita jaga saja privasi kita. Saya memang seorang yang menjaga hal peribadi. Saya tak mahu orang ambil tahu fasal rumah tangga saya."
Demikian ujar penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 40, dimana dia kini lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi, termasuk urusan rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Zizi juga terlihat seakan-akan tersenyum sebelum memberikan jawapan ringkas dan bersahaja ketika menjawab pertanyaan mengenai k£jutan yang dikatakan disediakan oleh Yusuf sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyertai misi kemanusiaan Gl0bal Sumvd Fl0tilla (GSF) baru-baru ini.
"Tiada, kejutannya saya balik. Itu saja," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman pr0gram hiburan, All Together Now Malaysia.
Terdahulu, Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 33, mengakui ada menyiapkan k£jutan istimewa buat isterinya yang pulang dari misi kemanusiaan itu.
"Alhamdulillah, saya dah jumpa dengan Zizi. Saya cakap dengan dia tunggu dekat rumah, ada k£jutan untuk dia. Insya-Allah ada k£jutan untuk dia tapi saya tidak dapat nak beritahu apa k£jutannya," tuturnya.
Pada Julai lalu, rumah tangga Zizi dan Yusuf menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment