26 October 2025

SYURA BADRON KINI DIRAWAT DI UNIT HDU, MASIH PERLU PEMANTAUAN - FARIZAT LEGA DENGAR SUARA CERIA ISTERI : "TERIMA KASIH & KALIAN JANGAN PUTUS DOA UNTUK SYURA"



"Cucuk sana sini, sabar ya sayang. Lega Abie dengar dapat call sayang awal pagi ini dengan suara ceria. Allah bagi nikmat, ada hikmah besar Insya-Allah."

Itulah tutur suami kepada penyanyi Syura Badron iaitu Muhammad Farizat Ismail, yang meluahkan rasa lega apabila dapat mendengar suara ceria isterinya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU) di sebuah hospital.

Berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya yang turut memaparkan jari isterinya, Farizat berkata, dia menerima panggilan daripada Syura, 39, pada pagi Ahad.

Menurutnya lagi, keadaan isterinya itu semakin baik apabila bacaan tek@nan dar@h mempunyai perubahan.

Klik untuk gambar besar

Namun jelas Farizat, Syura masih lagi memerlukan pemantuan rapi daripada doktor yang merawatnya di unit HDU.

"Alhamdulillah awal pagi ini bacaan tek@nan dar@h dah nampak normal sikit. Tapi masih di HDU. Masih perlu dipantau doktor one to one (close monitor) Terima kasih dan kalian jangan putus doa untuk Syura," katanya.

Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini Syura tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan.
Sebelum ini, Farizat memberitahu isterinya itu sedang dirawat di HDU di sebuah hospital dan mendoakan kesembuhan isterinya.

Dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial itu, memaparkan Farizat memegang tangan Syura yang sedang terbaring di katil hospital serta dipenuhi dengan alat pemantauan kesihatan.

Farizat bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut tentang peny@kit Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: