"Rezeki di tangan Allah. Ini satu dug@an buat saya dan saya rasa Mak Jenny tak tahu apa-apa pun hal ini dan dia sendiri pun tak tahu yang dia dikec@m juga.
"Pada yang mengata mak saya, dia tak tahu apa-apa. Dan sebenarnya kadang-kadang video yang saya buat dengan mak, dia pun tak tengok. Jadi diri dia, seperti itulah.
"Mak Jenny tak harap apa-apapun sebenarnya. Kalau sesiapa yang rasa untuk berbuat sedemikian, saya tak boleh halang, tak boleh mar@h dan tak boleh hentikan."
Klik untuk gambar besar
Ia susulan isu perceraian Nubhan dengan isterinya yang merupakan seorang doktor gigi, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang hangat diperkatakan sekarang.
Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, yang bakal beraksi dalam pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) itu berkata, dia cuma berdoa agar Allah melancarkan apa sahaja urusannya selepas ini.
"Tak kiralah walaupun saya di Gegar Vaganza serta dalam perniagaan Mak Jenny. Dengan perniagaan Mak Jenny, saya dapat merasakan satu nikmat yang lain.
"Setelah membesarkan kami lapan beradik dan apabila sekarang apa yang mak nak saya dapat tunaikan, di usia mak yang dah senja, saya ada satu kebahagiaan. Itu satu kebahagiaan. Dan semua yang terjadi sekarang ini pun atas doa Mak," ujarnya.
Terdahulu, isu b0ikot timbul apabila Nubhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 16 Oktober lalu bagi pr0siding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya.
Hakim kemudian menetapkan tarikh 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama bagi k£s pengesahan lafaz cerai mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment