Baru-baru ini, nama anak sulung kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy ketika menjadi bualan selepas dia didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya yang dirahsiakan identitinya.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan serba mewah dan tertutup dengan hanya dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat.
Bagaimanapun, tiada maklumat secara terperinci mengenai majlis tersebut, namun Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dan anak lelaki itu dilihat ada berkongsi foto dan video majlis pertunangan itu di media sosial.
Melihat pada perkongsian itu, Ammar dipercayai memilih merahsiakan identiti wanita pilihannya ini selepas dilihat menutup wajahnya dengan bunga.
Klik untuk gambar besar
"Pencipta kandungan untuk pertunangan Ammar Effendy. Terima kasih Che Ta kerana menjemput kami," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam majlis tersebut, Che Ta dilihat mengenakan baju berona kuning sedondon dengan suaminya yang juga pelakon dan usahawan, Zain Saidin serta bersama anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rania.
Manakala Ammar pula, dia kelihatan segak dengan memakai baju berona merah jambu sedondon dengan wanita pilihannya itu.
Menerusi acara tersebut juga, ia turut disertai bapa kandung kepada Ammar iaitu Azuar Effendy Zulkaply.
Untuk makluman, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga bersama Azuar pada tahun 1995 dan berpisah pada 2003.
Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Che Ta kemudiannya mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama Zain Saidin pada 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment