26 October 2025

ANAK DIJADIKAN 'SENJ4TA' UNTUK BERDAMAI - LINDA HASHIM K£SAL DENGAN BEEGO : "SAYA HARI-HARI DENGAN ANAK, SAYA TAHULAH"



"Saya rasa dah tak relevan untuk pertah@nkan rumah tangga demi anak. Saya tak nak babitkan nama anak-anak di sini walaupun dia (Beego) memang tak habis-habis fasal anak.

"Saya hari-hari dengan anak, saya tahulah. Mereka tahu ibu bapa dia ada mas@lah. Saya kasihan dekat anak-anak saya. Jangan gunakan mereka untuk bagi sebab entah apa-apa."

Itulah ujar pelakon Linda Hashim, 41, yang berasa k£sal apabila anak-anak sering dijadikan 'senj@ta' untuk dia kembali berdamai dengan suaminya, pelakon Beego.

Linda berkata demikian bagi mengulas kenyataan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mengenai anak-anak yang gembira sekiranya mereka tidak jadi berpisah.

Dalam pada itu, Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, berkata, dia lebih mengetahui keadaan anak-anak memandangkan mereka berada di bawah jagaannya.

Klik untuk gambar besar

Linda bagaimanapun turut terkil@n apabila Beego memuat naik video lama anak mereka semata-mata ingin mempamerkan imej sebagai ayah yang bertanggungjawab.

Tutur ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, tindakan tersebut menyebabkan anak sulungnya, Jelita Clarissa berasa m@lu hingga enggan ke sekolah.

"Sampai guna video anak saya. Dia sangat m@lu nak pergi sekolah. Dia buat benda begitu untuk kepentingan diri sendiri serta nak menunjukkan dia bertanggungjawab dan rapat dengan anak.

"Sedangkan benda itu sudah lama. Kebetulan anak saya tengok dan komen sebab dia dah pakai tudung. Kadang-kadang saya suruh dia buka tudung, dia tak nak. Dia dah m@lu, kasihan anak saya," luahnya.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: