Pelakon Sweet Qismina menerusi media sosial miliknya telah berkongsi video dimana ia menyaksikan suaminya yang juga pelakon, Adam Lee tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah istimewa daripada isterinya sempena ulang tahun kelahirann yang ke-31 pada Ahad.
Dalam video itu juga, Adam dilihat menitiskan air mata sebaik mengetahui hadiah tersebut adalah seluar Muay Thai yang ditempah khas dengan tertera namanya.
Kata Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 28, suaminya itu amat meminati sukan pertah@nan diri itu dan dia memilih untuk menghadiahkan sesuatu yang benar-benar dekat di hati Adam.
"Jadi, saya hadiahkan dia sesuatu yang dia dah lama nak, tapi selalu tangguh nak beli sebab katanya nanti dulu.
Klik untuk gambar besar
"Warna pilihan saya biru hitam iaitu warna kegemaran kami berdua. Seronok sangat bila tengok dia tersenyum gembira. Selamat hari jadi cinta hati," tuturnya.
Sweet menerusi hantaran yang sama turut sempat menitipkan ucapan penuh romantis buat suami tersayang yang sentiasa menjadi sumber kebahagiaan dalam hidupnya.
"Terima kasih sebab sentiasa memberi senyuman dalam hidup saya. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah awak," katanya yang dalam masa sama juga memberitahu, hadiah yang diberi mungkin tampak sederhana, namun mempunyai makna yang cukup besar buat mereka berdua.
Disamping itu, Sweet turut meluahkan harapan di media sosial agar mereka dikurniakan rezeki cahaya mata selepas ini sekiranya diizinkan Allah SWT.
"Simple but memorable. Doakan lepas ini saya dapat beri k£jutan ujian kehamilan pula," ujar Sweet yang mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 24 Oktober 2022.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan agar pasangan ini terus bahagia serta kekal harmoni hingga ke syurga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment