"Selamat hari lahir Isteri Syurgaku Nadia Amira Binti Othman. Semoga di hari kelahiran tahun serba baru, bersama mahligai yang baru kita bina ini, membuatkan diri mu terus kuat men£mpuh hari hujan dan panas serta tidak tahu panjang atau pendek perjalanannya.
"Tapi suamimu ini akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirimu berada di bawah perlindunganNya, di berkati hidupmu, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki olehNya dan sentiasa menjadi manusia yang menjadi inspirasi untuk semua orang yang melihatmu.
"Saya sayangkan awak kerana Allah dan Allah sahaja yang tahu saya menyayangimu. π," itulah tulis pelakon Fattah Amin, 35, dimana dia meluahkan ucapan cinta sempena ulang tahun kelahiran Amira Othman ke-32, selain turut menyifatkan isterinya itu adalah sumber kekuatannya dalam perkahwinan mereka.
Klik untuk gambar besar
Malah, Amira turut dilihat membal@s ucapan suaminya itu dengan menyifatkan Fattah sebagai suami syurga dan berharap segala yang didoakan menjadi kenyataan.
"Aminnn aminn. Terima kasih Suami syurga saya. Moga Allah kabul semua doa doa suami saya. Yg baik2 utk suami saya dunia dan akhirat π€π€π€π«Άπ₯Ή," bal@s Amira di ruangan komen.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan terbaik untuk Amira dan berdoa mahligai rumah tangga dibina bersama Fattah kekal bertahan hingga akhir hayat.
"Happy birthday Amira Othman, semoga baik-baik sahaja dunia akhirat."
"Sweet sangat, selamat ulang tahun Amira yang cantik," antara komen-komen peminat pasangan ini.
Untuk makluman, Fattah dan Amira bernikah pada 14 September lalu dalam majlis tertutup di sebuah resort mewah di Sepang ,sekali gus mengakhiri status mereka sebagai teman sekerja.
Malam ini difahamkan, Fattah dan Amira diraikan lagi dalam majlis resepsi mereka bersama peminat bertuah di Pusat Konvensyen Melawati, Hulu Kelang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment