"Saya hanya tulis bahawa Uqasha yang saya kenal ialah seorang yang sangat rajin bekerja. Maksud saya, kalau kita tidak kenal seseorang itu, lebih baik jangan membuat andaian. Itu sahaja.
"Saya tidak pernah menyebut apa-apa mengenai hal perkahwinan mereka pun. Mungkin orang sal@h tafsir, sebab cara orang memahami sesuatu yang ditulis dan sesuatu yang diucapkan secara lisan itu berbeza.
"Saya faham hal itu, dan saya pun belajar daripada pengalaman ini kerana saya akui penulisan saya mungkin tidak begitu jelas. Saya sedar, bila kita menulis, nada dan maksudnya tidak selalu sama seperti apabila kita bercakap dalam video."
Demikian kata Betty Rahmad, 44, dimana pelakon dan pemp£ngaruh itu men£gaskan, dia tidak memberi komen mengenai hal perkahwinan, sebaliknya berkongsi keperibadian rakannya yang juga pelakon, Uqasha Senrose.
Jelas Betty, dalam hantaran di Thr£ads baru-baru ini, dia hanya meluahkan rasa kagum dengan sikap rajin Uqasha dan berkongsi pengalamannya mengenai sosok pelakon itu.
Walaupun dikec@m oleh netizen, Betty bagaimanapun berkata, dia berlapang dada kerana mengetahui niatnya bukan mahu menyentuh hal rumah tangga sesiapa atau menumpang glamor.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak berkata perkara buruk, saya hanya menyatakan apa yang betul. Itu sahaja," ujarnya yang turut men£gaskan pihak yang melihat kesil@pan dilakukannya tidak perlu menuding jari kepada agama atau orang yang menyertai pr0gram usrah.
"Saya tidak kisah jika orang mahu mengutvk perangai saya, rupa saya, atau bahkan keluarga saya, kakak, mak, adik-beradik saya semua. Saya tak kisah.
"Tapi saya cuma minta satu perkara, tolong jangan h1na orang yang pergi usrah, jangan kata orang yang menghadiri majlis ilmu itu tidak berguna. Jangan sal@hkan agama.
"Yang sil@p dan yang buruk itu saya, bukan agama. Bukan sebab saya pergi majlis ilmu bermakna saya sudah baik. Tidak. Saya pergi majlis ilmu kerana saya mahu memperbaiki diri.
"Masih banyak perkara yang saya perlu pelajari, banyak kelemahan yang saya perlu perbaiki. Itulah sebabnya saya pergi usrah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment