"Saya baru sahaja selesai mengikuti misi bantuan banjir di Taiping. Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, Taiping kini dijadikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS).
"Saya pergi bersama pasukan Mydin Malaysia membawa sumbangan dan Datuk Ameer Ali selaku Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd turut hadir bagi mengagihkan barangan keperluan.
"Antaranya, selimut, telekung, sejadah dan sebagainya termasuklah makanan dan air mineral. Anak-anak turut diraikan bagi menggembirakan hati mereka. Alhamdulillah, saya selesai menyalurkan bantuan itu.
"Sebahagian m@ngsa sudah pulang ke rumah untuk membersihkan kediaman, manakala sebahagian lagi masih berada di PPS. Ada juga bayi baru berusia lima hari ditempatkan di PPS.
"Dimaklumkan, terdapat lebih kurang 100 orang masih berada di PPS kerana ramai mula pulang secara berperingkat untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
"Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka dalam menghadapi dug@an ini," demikian tutur penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, dimana dia berkongsi rasa terharu selepas menyertai misi bantuan banjir di Taiping, Perak.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, ketika menghulurkan sumbangan, dia berasa sangat terharu kerana ada antara mereka yang tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih.
Disamping itu, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, hatinya lebih tersentuh apabila melihat m@ngsa banjir dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
Elly dalam masa sama juga berharap agar bantuan yang ingin disalurkan dapat disampaikan dengan segera kepada m@ngsa banjir terbabit.
Selain Taiping, beberapa daerah di Perak termasuk Manjung dan Larut, Matang dan Selama turut terj£jas akib@t banjir.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment