"Saya kena bertanggungjawab atas apa yang telah saya buat. Saya mahu minta maaf kepada semua yang sudah menonton video, gambar atau kapsyen saya sebelum ini yang sudah mengundang kemar@han semua orang atau kea1ban sesiapa pun, saya tiada niat langsung.
"Saya tak patut cakap berkenaan perkahwinan saya secara umum, saya akui ia sal@h. Waktu itu saya tak fikir panjang kerana mar@h, sedih dan terlalu penat... jadi saya beri reaksi yang terlalu em0sional.
"Apa pun semua itu sama sekali bukan alasan untuk saya berbuat demikian, saya minta maaf," itulah kata pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia tampil memohon maaf selepas tidak berfikir panjang ketika berkongsi mas@lah rumah tangganya dengan pelakon Kamal Adli secara terbuka.
Berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkata, tindakannya itu dilakukan kerana terlalu mengikut em0si, selain bersedia mengambil tanggungjawab penuh atas segala yang telah dikongsikan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ujar Uqasha lagi, susulan mendapat pelbagai reaksi ramai sebelum ini, dia juga sedar perkara berkaitan rumah tangga perlu diselesaikan tanpa melibatkan pengetahuan umum.
"Saya minta maaf, betul-betul minta maaf. Saya patut atasi dengan cara berbeza, lebih matang dan tertutup. Apa yang telah terjadi dah pun terjadi. Saya dah rasa semua ini. Tak patut kongsi tentang kehidupan peribadi. Saya juga ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya.
"Bergerak ke depan, saya mahu fokus untuk bangunkan diri sendiri, menjadi lebih kuat dan ibu lebih baik," tuturnya yang dalam masa sama juga ambil maklum segala pandangan orang ramai yang sentiasa prihatin tentang dirinya.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi topik hangat dalam dunia hiburan selepas pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, Uqasha banyak membalas komen-komen netizen yang bertanya soal perkahwinan termasuk punca dia mahu bercerai.
Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment