25 October 2025

IKON USAHAWAN MUDA ASEAN - DIANA DANIELLE, JOE FLIZZOW ANTARA PENERIMA



Atas sumbangan luar biasa dalam menggabungkan kreativiti, keusahawanan dan imp@k sosial, dua ikon berp£ngaruh di Malaysia iaitu Diana Danielle dan Joe Flizzow telah menerima pengiktirafan pada Karnival Usahawan Muda ASEAN ke-10 2025.
Majlis Usahawan Muda ASEAN (AYEC) dalam kenyataan memaklumkan, Diana menerima anugerah Pencipta Kandungan dan Persembahan Terbaik, manakala Joe Flizzow pula dinobatkan sebagai Usahawan Hip Hop Terbaik.

Pengiktirafan ini atas kejayaan mereka dalam menyatukan semangat seni dengan kecemerlangan perniagaan, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi kreatif baharu di rantau ASEAN.

Kedua-dua selebriti ini menerima anugerah berkenaan pada Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah Usahawan Muda ASEAN di MATRADE Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Perasmian dilakukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli. Turut hadir dalam majlis tersebut, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Pengerusi AYEC 2025 merangkap Pengerusi Pengasas ASEAN Young Women Entrepreneurs Club (AYWEC) Deborah Melissa Bottreau berkata, Diana dan Joe melambangkan semangat generasi baharu ASEAN yang berani, kreatif dan berpandangan global.

"Mereka membuktikan bahawa budaya dan perniagaan boleh berjalan seiring dalam menc£tuskan perubahan serantau," tuturnya.

Menerusi majlis itu, Diana menerima pengiktirafan atas transformasinya daripada bintang layar perak kepada usahawan kreatif pelbagai platf0rm.

Komitmen ibu kepada dua cahaya mata ini dalam menghasilkan kandungan bermakna dan autentik memberi inspirasi kepada jutaan pengikut serta mengetengahkan isu sosial dan kesihatan ment@l yang dekat di hatinya.

Sementara Joe Flizzow pula, atas visi dan kepimpinannya dalam membentuk landskap muzik urban Malaysia serta mengangkatnya ke pentas serantau.

Melalui Kartel Records, pr0gram bimbingan dan kerjasama rentas negara, Joe terus memperkasa ekonomi kreatif Asia Tenggara.

Bermula 10 tahun lalu sebagai platf0rm kecil inovasi belia, karnival ini kini berkembang menjadi antara perhimpunan paling dinanti-nantikan.

Sambutan malam itu bukan sekadar meraikan kejayaan dalam dunia perniagaan dan seni, tetapi juga menyampaikan mesej yang jelas.

Masa depan ekonomi ASEAN bukan hanya pada teknologi dan perdagangan, tetapi juga pada kekuatan penceritaan, kreativiti dan budaya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: