25 October 2025

RANCANG MILIKI CAHAYA MATA TAHUN DEPAN - LUNA MAYA AKUI DALAM FASA BAHAGIA BERSAMA SUAMINYA, MAXIME BOUTTIER



"Saya merancang untuk memiliki cahaya mata tahun depan. Kami ambil masa untuk bersama dahulu. Kami nak kenal lebih rapat dan apabila rasa betul-betul serasi baru ke fasa seterusnya.

"Bagi saya semua perlu tersusun dan bersedia. Saya tidak mahu meny£sal di kemudian hari. Bukannya risau, tetapi mencari waktu terbaik. Dalam membina keluarga, pasangan harus utuh."

Demikian jelas pelakon Luna Maya, dimana dia tidak merancang untuk segera hamil dalam masa terdekat kerana baginya, hubungan sebagai suami isteri harus utuh sebelum memikirkan untuk melangkah ke fasa membina keluarga.

Masih mencari titik keserasian sebagai suami isteri, Luna mengaku kini berada dalam fasa bahagia bersama pelakon Maxime Bouttier selepas lebih lima bulan mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Luna berkata, dia juga merancang untuk memperlahankan kerjaya apabila dia dan suaminya itu mula ke arah membina keluarga.

"Setakat ini kerjaya masih seperti biasa. Saya akan 'slow down' apabila kami memutuskan untuk memiliki anak. Saya masih ada banyak kerja perlu diselesaikan.

"Kami ada perancangan yang baik. Perlu simpan duit kerana mahu memberikan yang terbaik buat anak kami. Semuanya harus difikir baik-baik agar kedua-dua pihak bersedia daripada segi ment@l dan fizikal," ujarnya.

Untuk makluman, Luna dan Maxime bernikah pada 7 Mei lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Bali, Indonesia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: