"Ramai netizen kata g£lojoh dan tak buat perancangan keluarga. Jujurnya, kalau Allah cakap jadi maka jadilah. Rezeki orang di dunia ini berbeza-beza.
"Rezeki saya buat masa sekarang adalah anak, Jadi saya bersyukur dengan apa sahaja yang Allah beri. Mesti ada rasa t@kut. Tapi sentiasa ingatkan diri percaya pada perancangan Allah."
Itulah kata penyanyi Syasya Rizal, 24, dimana dia tidak dapat lari daripada tanggapan sesetengah pihak yang melihat masih terlalu awal untuk hamil lagi sekali selepas bersalin anak pertama.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman media sosial miliknya, penyanyi itu turut menceritakan kembali detik dia mengetahui dirinya hamil sebelum memaklumkan berita gembira tersebut kepada suami, Nasrullah Mohd Sapie.
"Pertama kali dapat tahu ketika 10 malam terakhir bulan puasa. Masa itu kami berbuka di pusat membeli-belah, saya beli alat ujian kehamilan tanpa Nas tahu.
"Pergi tandas dan periksa ia double line. Masa itu saya keliru, bagaimana nak hadapi. Saya gem£ntar dan t@kut. Selepas berbuka puasa saya tunjuk kepada Nas.
"Dia tidak cakap banyak dan hanya kata Alhamdulillah. Saya keliru dengan reaksi dia. Katanya Allah tidak beri sesuatu kalau kita mampu atasi. Anak juga adalah rezeki," ceritanya.
Untuk makluman, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohd Yassir Hayyan yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment