"Alhamdulillah, Masha-Allah... Telah lahir anak kami pada jam 12.36 tadi. Sepatutnya anak kami lahir pada penghujung bulan ini (EDD), namun saya telah 'bernazar' jika anak ku ini lahir pada sama tarikh lahir ku, maka akan aku laksanakan 'akikah' (2 ekor kambing). Alhamdulillah, Allah kabulkan nazar ini.
"Allah kurniakan ku zuriat tepat pada hari lahirku, haza min Fadhli Robbi. Tarikh lahirku 21 oktober 1995, anak ku 21 oktober 2025 (hari ini) Masha-Allah, rezeki Allah. Syukran laka Robbi."
Itulah tutur pendakwah selebriti yang juga penyanyi, Da'i Syed, 30, dimana dia meluahkan rasa syukur hasratnya yang mahu berkongsi tarikh lahir bersama anak kedua tercapai apabila isterinya, Hana Ismail selamat bersalin pada awal pagi hari ini.
Klik untuk gambar besar
Pada Julai lalu, Syed yang mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022 itu berkongsi berita gembira bahawa isterinya kini sedang hamil anak kedua.
Untuk makluman, pasangan itu kini telah dikurniakan dua orang anak, dimana anak sulung mereka bernama, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment