"Mama tak pernah menang apa-apa, tapi ini rezeki awak, Marsya," itulah kata penyanyi Liza Hanim selaku manager kepada peserta Marsya Qistina selepas anaknya itu dinobatkan juara Talk To My Manager untuk musim pertama.
Selepas berh£mpas pul@s setiap minggu, kini usaha Marsya terbal@s apabila berjaya men£waskan lima peserta lain, sekaligus membolot wang tunai RM30,000 berserta trofi dan sebuah single baharu.
"Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini, terima kasih kepada semua yang nampak potensi saya dan mama," tutur Marsya yang meluahkan rasa syukur serta dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang pr0gram tersebut.
Klik untuk gambar besar
Bagi pusingan duet pula, Marsya tampil membuat persembahan bersama Aisha Retno dengan lagu berjudul 'Lay Me Down' yang dipopularkan oleh Sam Smith.
Bagi naib juara pula disandang oleh Thalita, dimana anak kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah ini yang baru sembuh daripada jangk1tan Influ£nza, membawa pulang RM15,000 serta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi Auddra (Sharifah Shahirah) yang berjaya mendapat RM10,000. Bukan itu sahaja, malah ibunya juga diumumkan sebagai menerima Anugerah Gempak Most Valuable Manager, dimana memilih hadiah boucer membeli belah RM2000 di Pavilion.
Sementara peserta Ammar (Ameng) dan Hadie (Ina Naim), mereka berpuas hati menduduki tempat keempat dan kelima, dimana masing-masing memperoleh RM5,000 serta trofi.
Manakala anak kepada Siti Saerah iaitu Amad, yang tetap mengagahkan diri meneruskan persembahan walaupun dalam keadaan kurang sihat itu mendapat keenam yang membawa pulang RM3,000 serta trofi.
Sebelum melakukan persembahan, Amad atau nama sebenarnya, Ahmad Dayyan, 13, r£bah semasa berada di atas pentas dan kemudian diangkat oleh pengurus pentas dan diiringi bapa tirinya untuk dibawa ke belakang pentas.
Kejadian itu membuatkan ibunya c£mas dan hampir menitiskan air mata sambil ditemani beberapa rakan manager lain.
Malah, seluruh Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bergema memanggil nama Amad sebagai tanda sokongan kepadanya.
Selepas beberapa minit, Amad tampil semula membuat persembahan dalam keadaan menangis dengan menyanyikan lagu 'Cinta Kerna Cinta' yang dipopularkan Judika serta lagu duet 'Bukan Lagi Kita' bersama Nadeera Zaini.
Sepanjang persembahan, anak saudara kepada biduanita negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut dipeluk oleh Datuk Aznil Nawawi dan ibunya sebagai tanda sokongan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment