"Assalamualaikum Malaysia... Ramai yang beri sokongan pada saya, terima kasih dan saya amat hargai. Tapi ada juga yang minta saya tukar gaya tudung.
"Saya terima semua pendapat dan menghargainya. Namun saya muktamad akan pakai tudung cara saya pakai sekarang ini, selesa sangat. Terima kasih Malaysia."
Itulah tulis penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein, 44, menerusi media sosial miliknya, dimana t£gasnya, dia akan terus kekal dengan gaya tudung yang dipakainya kini, meskipun menerima pelbagai pandangan daripada netizen.
Kata Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia menghargai setiap sokongan peminat, namun akuinya, dia selesa dengan penampilan terbaharunya itu.
Klik untuk gambar besar
"Tak mengapa Elly, ikut cara mana yang Elly rasa sesuai. Yang penting istiqamah. Biasalah, manusia takkan pernah puas hati dengan hidup orang lain."
"Saya suka gaya tudung Elly, cantik dan nampak sopan." - "Ikut keselesaan sendiri, tak perlu dengar sangat kata-kata negatif netizen," demikian komen-komen yang ditulis netizen.
Sebelum ini, penampilan Elly telah mendapat perhatian ramai apabila tampil bertudung ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung pada 4 Oktober lalu.
Penampilan sopan itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk pujian daripada peminat yang rata-ratanya mendoakan agar Elly terus istiqamah dalam penghijrahannya.
Dalam pada itu, Elly menjelaskan, semangat perjuangan yang ditunjukkan aktivis misi kemanusiaan Gl0bal Sumvd Fl0tilla (GSF) ke G@z@ turut memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
Katanya, melihat peng0rbanan dan keberanian mereka membuka mata serta hati untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment