"Kami ada pendirian dan tidak akan sesekali menyokong perbuatan ini. Ia ibarat meman1pulasi bakat kami, jadi kami pasti akan tolak. Tolonglah bersikap adil terhadap kami.
"Tawaran (mengadakan persembahan) memang ada tapi apabila ditanya soal bayaran, memang amat tak munasabah. Kami tolak kerana enggan membiasakan senario ini.
"Mungkin dengan cara ini, kita boleh majukan industri muzik. Sekarang sudah 2025, bukannya 1998. Saya beri contoh, rakan seperjuangan kami, Pretty Ugly, misalnya mereka ditawarkan RM1,500 untuk satu persembahan, sesuai atau tidak?"
Demikian jelas vokalis Azlan & The Typewriter, dimana dia memaklumkan turut terk£san dengan apa yang berlaku terhadap Pretty Ugly yang ditawarkan harga tidak masuk akal untuk mengadakan persembahan.
Ujar Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehhuddin, situasi itu lumrah dalam industri nyanyian dan mereka akan menolak mana-mana tawaran dengan bayaran sedemikian.
Menurutnya lagi, hanya penggiat seni memahami apa yang berlaku, tetapi bukan mereka yang berada di luar industri.
"Kita faham, tetapi orang lain tak faham. Apabila baca kenyataan abang-abang saya begitu, rasa hendak menangis. Apalah nasib kita untuk terus berdepan situasi itu.
"Apa pun, tak semua yang berfikiran begitu. Ada juga penganjur yang okay dan memahami serta menghargai band seperti kami yang sudah lama aktif.
"Contohnya, Republic Mokhmah Records yang menggabungkan Azlan & The Typewriter dengan Kristal X untuk konsert yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 1 Februari tahun depan.
"Kami diundang beberapa penganjur untuk mementaskan konsert kolaborasi. Selepas dikaji, kami fikir undangan untuk bersama Kristal X antara yang terbaik.
"Bukan hendak kata kami sombong, cuma kita dapat cadangan konsert yang susah hendak jadi, tetapi undangan ini, kami katakan ya. Kerjasama cukup penting, Alhamdulillah, kami semua serasi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Konsert Rockolusi Kuasa Dua Kristal X and Azlan & The Typewriter turut membabitkan anak Azlan dan Lan Kristal X yang menganggotai kumpulan koir, Noghori Arts School Voice Ensembele (NASVE) apabila persembahan mereka akan diiringi kumpulan koir terbabit.
NASVE pernah meraih gelaran juara peringkat negeri dan pemenang keempat peringkat kebangsaan.
Kata Azlan, pembabitan anak-anak mereka adalah satu pendedahan berguna sebagai medan menimba pengalaman di pentas besar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment