"Ramai yang tanya kenapa saya lembut? Saya tidak menafikan dan saya sendiri tidak mahu jadi lembut. Kalau boleh memilih, saya nak jadi macam Rosyam Nor atau Aaron Aziz. Tapi, apakan daya, takdir Allah, suara saya tak boleh diubah."
Itulah ujar usahawan kosm£tik, Datuk Seri Aliff Syukri, dimana dia tidak menafikan ada sisi feminin dalam dirinya, namun dia sendiri tidak mahu menjadi sedemikian.
Kata Aliff, sejak kecil lagi dia banyak bergaul dengan golongan wanita dalam kalangan ahli keluarganya dan jika boleh memilih dia mahu menjadi seperti pelakon Rosyam Nor atau Aaron Aziz.
Aliff dalam masa sama turut berselor0h, jika takdir boleh diubah dia mahu menjadi 'lelaki Melayu terakhir' yang dilihat gagah serta maskulin dan mahu mengal@hkan pelakon Meerqeen.
"Kalau takdir boleh dibayar, saya akan mohon pada Allah nak jadi 'lelaki Melayu terakhir'. Tak perlu la jual jamu lagi, mungkin saya boleh t£waskan Meerqeen dan yang lain," tuturnya.
Disamping itu, Aliff juga berkongsi, dia membesar dengan rakan-rakan yang kebanyakannya perempuan dan sering bermain permainan yang sinonim dengan kanak-kanak perempuan seperti 'main pondok-pondok'.
"Orang dulu-dulu duduk satu kampung makcik, pakcik, sepupu semua berdekatan. Dalam ramai-ramai itu, cuma tiga atau empat orang saja lelaki, selebihnya perempuan. Jadi saya membesar dengan kawan-kawan perempuan.
"Saya membesar dengan suasana main pondok-pondok, masak-masak, rasa macam saya pun wanita. Mungkin sebab itulah saya nampak lebih feminim, tapi itu bukan bermakna saya tidak menjadi lelaki," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment