12 October 2025

VIDEO SHARIFAH HUSNA TARIK PERHATIAN, JADI TANDA TANYA - HALIM RADZI ENGGAN ULAS DAKWAAN RUMAH TANGGA BERG0LAK, MAHU JAGA PRIVASI



"Saya kalau boleh tak nak kongsi (hal rumah tangga) dan tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini. Memang saya jaga privasi rumah tangga saya.

"Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun, sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada k£san. Jadi saya pilih untuk tidak berkongsi."

Demikian kata pelakon Halim Radzi, 29, dimana dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai rumah tangganya bersama pelakon Sharifah Husna ketika ini selepas timbul dakwaan kini sedang berg0lak sehingga menjadi perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar

Lebih selesa mengunci mulut, Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, berkata, cerita berkaitan keluarga adalah privasi dan dia juga enggan ambil p£duli akan tanggapan netizen.

Sebelum ini, sebuah portal menulis tentang kisah pasangan itu yang dikatakan berdepan kem£lut dalam rumah tangga.

Sp£kulasi tersebut terc£tus selepas Husna memuat naik sebuah video di media sosial yang memperlihatkan dirinya sedang menahan air mata, seolah-olah sedang berdepan dengan kem£lut peribadi.
Malah perkongsian di ruangan kapsyen Husna juga seakan memberi bayangan dirinya sedang berdepan mas@lah.

Bukan itu sahaja, pasangan ini dipercayai telah memadam foto-foto bersama di media sosial masing-masing walaupun masih saling mengikuti, sekaligus ia turut menc£tuskan tanda tanya.

Untuk makluman, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: