11 October 2025

ISU DIKAITKAN HUT4NG DENGAN INTAN NAJUWA - RIZMAN RUZAINI ENGGAN KOMEN, ANGGAP LUMRAH TERP4LIT KONTR0VERSI LEPAS 20 TAHUN BERTAPAK



"Bagi saya, lumrah apabila satu jenama yang sudah bertapak selama 20 tahun menjadi sebutan dan orang akan berteka-teki disebabkan berlaku satu isu. Kalau bukan nama kami yang disebut, saya tidak mahu komen apa-apa."

Itulah ujar sal@h seorang pengasas pereka fesyen Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin, dimana mereka tetap dengan pendirian enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai individu yang berhut@ng dengan pelakon Datin Intan Najuwa.

Kata Rizman, dia menganggap ia sebagai satu perkara biasa apabila nama mereka menjadi sebutan selepas perkara itu diperkatakan.

dalam pada itu, jelasnya lagi, perniagaan mereka tidak terj£jas susulan isu yang berlaku kerana rata-rata pelanggan sudah mempercayai hasil kualiti jenama tersebut.

Klik untuk gambar besar

Namun, Rizman dalam masa sama juga akur akan j@tuh bangun dalam perniagaan sejak awal mereka mula bertapak dalam industri fesyen tanah air.

"Pelanggan teguh dengan jenama kami. Apa yang kami lakukan adalah fokus kepada perniagaan. Bukan mudah untuk menjadi satu jenama contoh.

"Tipu kalau saya katakan dalam tempoh 20 tahun tidak ada sebarang mas@lah. Pastinya ada j@tuh bangun dan bukan semuanya lancar," jelasnya.
Sebelum ini, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa kec£wa apabila individu dipercayai seorang pereka terkenal gag@l melunaskan pinj@man wang seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bertulis.

Menurut Intan, individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji manis, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk membayar semula hut@ng tersebut.

Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh netizen sebagai pihak yang dimaksudkan oleh Intan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: