11 October 2025

AKUI TAK PERNAH JADI RAKAN KONGSI - BEKAS PEKERJA PUTERI SARAH TURUT MENGAKU MASUKKAN DUIT JUALAN KE DALAM ENTITI YANG DIBUBARKAN



Menerusi pr0siding k£s p£cah amanah yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pagi Jumaat, bekas pekerja kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira Zainol Abidin, mengaku telah memasukkan hasil jualan pr0duk kosm£tik ke dalam entiti yang dibubarkan tanpa pengetahuan pelakon itu.

Dalam pada itu, Nazatul Nazira selaku defendan turut mengaku di hadapan Majistret Norhanum Hassan, dimana dia tidak pernah menjadi rakan kongsi dalam mana-mana perniagaan milik Puteri Sarah.

Pengakuan yang dibuat defendan itu membawa kepada penyelesaian secara baik, sekali gus kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan pertik@ian peribadi antara mereka.

Berdasarkan Penghakiman Persetujuan pihak-pihak, Norhanum kemudian memerintahkan Nazatul Nazira untuk membayar kepada plaintif sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap semua tuntutan dalam tindakan itu.

Klik untuk gambar besar

Sekiranya berlaku keingk@ran dalam pembayaran selama dua bulan berturut-turut, maka baki keseluruhan yang masih belum dibayar akan menjadi serta-merta kena dibayar dan plaintif berhak untuk memohon penghakiman bagi baki tersebut berserta kos dan faedah mengikut budi bicara mahkamah.

Pada k£s terbabit, Puteri Sarah diwakili tiga peguam iaitu Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais dan Mohamad Ikmal Bin Ibrahim. Manakala defendan pula diwakili Muhammad Danish Abdul Rasid.

Terdahulu, Puteri Sarah tetap berk£ras untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nazatul Nazira.
Puteri Sarah memfailkan dua sam@n iaitu fitn@h dan p£cah amanah kerana yakin berada di pihak yang benar, selain mahu memperjuangkan haknya.

Bagi k£s sam@n fitn@h, mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jun lalu, mengarahkan Nazatul Nazira membayar ganti rvgi RM150,000 kepada pelakon itu berhubung hantaran fitn@h dalam platf0rm 'stories' di Instagram dan WhatsApp pada tahun lalu.

Mahkamah mendapati Puteri Sarah telah berjaya membuktikan tuntutan fitn@h dibuat Nazatul Nazira sehingga menc£markan reputasinya sebagai selebriti, usahawan dan ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: