"Salam semua. Saya tahu ramai yang cuba hubungi dan ambil berat sangat tentang Ardell, nak dengar sendiri daripada dia. Saya minta semua sabar dan tunggu Ardell betul-betul sembuh fizikal dan ment@l ya.
"Kita sama-sama doakan dan tunggu Ardell sembuh. Insya-Allah Ardell akan kembali. Pada keluarga, wartawan dan kawan-kawan, minta maaf... minta masa lagi ya."
Demikian jelas pelakon Nadzmi Adhwa, 33, dimana dia memaklumkan, isterinya, pelakon dan aktivis, Ardell Aryana, 35, masih belum sihat sepenuhnya selepas dia pulang ke tanah air dari menyertai misi Gl0bal Sumvd Fl0tilla ke G@z@.
Nadzmi yang berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Thr£ads miliknya itu dalam masa sama juga memohon orang ramai bersabar menanti kemunculan semula Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin.
Klik untuk gambar besar
"Ardell sayang semua dan menghargai sokongan orang ramai. Semoga Allah merahmati kalian semua," ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Ardell kembali sembuh seperti sediakala, selain memberi kata-kata semangat buat pelakon dan aktivis itu.
"Tidak mengapa Ardell, semoga cepat sembuh dan jaga diri." - "Rehat secukupnya Ardell, jangan paksa diri."
"Cepat sembuh dan rehat sahaja dulu, Ardell dah berjuang t£ruk sangat dah," itulah antara komen-komen yang tulis netizen.
Untuk makluman, Ardell antara 23 aktivis kemanusiaan dari Malaysia yang menyertai misi GSF ke G@z@ bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Pal£st1n.
Namun, misi tersebut tidak kesampaian apabila bot dinaiki mereka telah dipint@s oleh tent£ra r£j1m Zi0n1s dan kesemua aktivis ditah@n buat sementara waktu.
Kesemua mereka kemudian dibebaskan dan selamat tiba di tanah air pada 6 Oktober lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment