"Doktor kata keadaan abang saya (Charlie) dah t£nat, dan memberitahu kami untuk bersedia bagi sebarang kemungkinan. Pihak hospital beri pilihan untuk tinggal di wad atau mahu balik. Jadi kami pilih untuk bawa balik dan sewa oks1gen namun ia dah habis."
Itulah kata adik kepada pelakon veteran, Charlie Nu'man Salleh, 71, iaitu Yusri Salleh, dimana dia memaklumkan, abangnya itu dilaporkan berada dalam keadaan t£nat selepas disahkan menghidap penyakit kans£r usus tahap empat.
Jelas Yusri, keadaan kesihatan Charlie semakin mer0sot dan pihak hospital telah memaklumkan agar keluarga bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.
Berkongsi lanjut, Yusri berkata, Charlie dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis dan hanya dimaklumkan mengenai peny@kit kans£r usus pada keesokan harinya, iaitu Jumaat.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya kami baru tahu dia ada kans£r usus tahap empat semalam. Jika nak buat pemb£dahan pun, ris1konya sangat tinggi memandangkan abang saya pun dah berusia," ujarnya.
Difahamkan, Charlie kini berada dalam pemantauan keluarga dan memerlukan bantuan oks1gen sepanjang masa.
Charlie sebelum ini diuji apabila rumah sewanya di Gombak Setia, Selangor musn@h dalam kebak@ran pada hari raya kedua, April lalu dan ekoran insid£n itu, mereka sekeluarga kini menetap sementara di Wangsa Maju, Seksyen 2.
Untuk makluman, Charlie pernah mendirikan rumah tangga ketika berusia 40 tahun, namun bercerai selepas beberapa tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Kemudiannya, Charlie berkahwin buat kali kedua pada tahun 2011, namun perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian pada tahun 2020.
Daripada perkahwinan keduanya, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nu'man Muda, 13, Nu'man Rayyan, 12, Nur Raudhah, 11, Nu'man Muaz, 10, Nur Rania Affiya, 7, dan Nur Reesya Affiya, 5 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment