06 October 2025

ANAK SHUIB, THALITA TAK MUNCUL KONSERT AKHIR, DIKUAR4NTIN KERANA INFLU£NZA A - TALK TO MY MANAGER TAMBAH SEMINGGU LAGI



Semua sedia maklum mengenai Talk To My Manager (TTMM), dimana malam tadi merupakan konsert akhir, namun bagaimanapun bintang pr0gram realiti tersebut iaitu Thalita tidak dapat turut serta apabila j@tuh s@kit disaat akhir.

Difahamkan, Thalita yang merupakan anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah itu kini sedang menjalani kuar@ntin selepas disahkan dijangk1ti v1rus influ£nza A.

Bagi menggantikan Thalita dalam persembahan battle, pengurus kepada Amad iaitu ibunya, Siti Saerah tampil mengambil alih dengan mempersembahkan dua lagu penuh em0si berjudul 'Menamakanmu Cinta' (Datuk Seri Siti Nurhaliza) serta 'Hal Hebat' (Govinda dan Ernie Zakri) yang mendapat sorakan gemuruh penonton.

Bukan itu sahaja, malah Thalita juga tidak dapat melakukan persembahan solonya yang sepatutnya menyanyikan lagu 'APT' nyanyian Rose Blackpink ft Bruno Mars.

Klik untuk gambar besar

Berhubung itu, Talk To My Manager membuat k£jutan apabila pertandingan itu ditambah satu minggu lagi dan perkara itu dimaklumkan oleh hos pr0gram itu, pengacara legenda Datuk Aznil Nawawi.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil memberitahu, keputusan itu dibuat atas perbincangan setiap pengurus diwakili artis dan pihak pr0duksi untuk peserta berentap di minggu grand finale.

"Atas persetujuan dan perbincangan daripada semua pengurus, juri-juri, pihak penaja, produksi serta sokongan penonton kami telah berbesar hati untuk menambah satu minggu lagi untuk grand finale," katanya.

Pada minggu ketujuh yang berlangsung pada malam Ahad, peserta diberikan dua segmen iaitu nyanyian solo dan battle berkumpulan.
Menerusi persembahan solo, Marsya membawakan lagu 'Bring Me To Life' (Evanescene), Ammar ('Cinta Dewa Dewi' - Spider), Amad ('Arjuna' - Dewa), Odda ('Damelo' - Dolla) dan Hadie ('Awak Kat Mana' - Taufik Batisah).

Bagi persembahan battle menyaksikan persembahan Odda dan Ammar menerusi lagu 'Rockstar' (Blackpink) serta 'Idol' (BTS).

Hadie bersama Marsya pula mendendangkan lagu 'Rapuh' (Opick) serta 'Dealova' (Dewa), manakala Amad menyanyikan lagu 'Menamakanmu Cinta' (Datuk Siti Nurhaliza) dan 'Hal Hebat' (Ernie Zakri & Ade Govinda) bersama ibunya, Siti Saerah.

Sementara itu, Siti Saerah (Amad) dianugerahkan sebagai 'Gempak Most Valuable Manager' pada minggu ketujuh.
Manakala 'Persembahan Terbaik' pula dinobatkan kepada Marsya (Liza Hanim) apabila menerima wang tunai sebanyak RM1,000.

Selain itu, Amad (Siti Saerah) telah dianugerahkan 'Vokal Terbaik' yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Penambahan minggu yang diumumkan turut bakal menyaksikan kesemua finalis bersaing merebut gelaran juara.

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal serta juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat, manakala penyanyi Misha Omar hadir sebagai juri jemputan bagi minggu ketujuh.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: