05 October 2025

"SAYA SAYANG KERJAYA YANG ADA..." - MAZLEEN BELUM TERFIKIR TINGGALKAN PANCARAGAM, AKUI MASIH 'BLUR'NAK GUNA WANG KEMENANGAN KILAUAN EMAS 2025



"Saya akan terus berkhidmat kerana kerja itu hanya melibatkan tetamu terhormat (VVIP). Jadi susunan kerja selepas ini jika ada tawaran menyanyi saya akan berkomunikasi dahulu dengan pihak jabatan untuk dapatkan nasihat.

"Saya sayang kerjaya yang ada dan akan terus berkhidmat dengan pancaragam tersebut. Insya-Allah selepas ini akan ada yang menguruskan kerjaya saya. Dah lama saya teringin nak berada dalam industri dan saya gembira kerana mereka nampak bakat saya."'

Demikian ujar juara pr0gram Kilauan Emas 2025 iaitu Mazleen, dimana dia belum terfikir untuk meninggalkan kerjaya sebagai Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor walaupun pintu rezeki dalam industri hiburan semakin terbuka luas.

Ini kerana kata Mazleen atau nama sebenarnya Mazlin Abu Bakar, 45, dia amat menyayangi kerjayanya itu dan tidak melihat sebarang keperluan untuk bersara dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar

Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, Mazleen mengakui, dia masih belum membuat sebarang perancangan mengenai wang kemenangan tersebut.

Jelas Mazleen, niat asalnya hanyalah untuk memenuhi permintaan bapanya, Abu Bakar Ahmad yang mahu melihatnya menyertai pertandingan tersebut, namun tidak menyangka akan memenanginya dan keputusan itu terlalu meng£jutkannya.

"Saya tak fikir lagi, saya juga masih terk£jut kerana niat saya ke sini hanya penuhi permintaan ayah dia kata sampai peringkat akhir pun sudah okay.
"Tapi dia pula tak dapat datang malam ini dan minta saya enjoy buat persembahan, selain tunjukkan kemampuan yang ada," tuturnya yang juga memberitahu, minat dan bakatnya dalam nyanyian sudah mula disedari bapanya sejak kecil lagi, malah sentiasa mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

"Ayah saya dia tidak pandai menyanyi tapi dia bertindak sebagai pengurus band dan kugiran. Dari usia sembilan tahun dia sudah nampak bakat saya. Masa itu lagu pertama Norshila Amin berjudul 'Kad Ucapanku'," kongsinya.

Pada malam Sabtu, Mazleen dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025, sekali gus men£waskan lima finalis lain iaitu Ezan, Majid, Nawary, Zanie dan Zekrai.

Kemenangan tersebut membolehkan Mazleen membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, trofi, pakej umrah serta percutian ke Dubai, UAE.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: