05 October 2025

MV TERBARU 'TANGISAN SEORANG PEND0SA!' - MARSHA MILAN TANGGUH PELANCARAN DEMI GSF



"Buat semua peminat dan rakan-rakan tersayang, saya ingin memaklumkan bahawa pelancaran muzik video 'Tangisan Seorang Pend0sa' yang dijadualkan pada hari ini (3 Oktober) jam 8 malam akan ditunda.

"Pada saat ini, marilah kita bersatu dalam doa agar Allah mengurniakan keselamatan, kesihatan yang baik serta kemudahan buat rakyat Malaysia dan sahabat-sahabat kita yang menyertai Gl0bal Sumvd Fl0tilla.

"Semoga Allah melindungi mereka, menguatkan ketabahan mereka dan mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga serta tanah air dengan selamat, Insya-Allah."

Itulah kata penyanyi Marsha Milan, 39, dimana dia mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran muzik video (MV) terbaharunya berjudul 'Tangisan Seorang Pend0sa'.

Klik untuk gambar besar

Jelasnya, keputusan itu diambil sebagai tanda solid@riti terhadap rakyat Malaysia yang kini menyertai misi GSF bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke G@z@.

Marsha dalam masa sama turut meminta agar rakyat Malaysia tidak berhenti berdoa untuk keselamatan semua sukarelaw@n yang menyertai misi kemanusian tersebut.

Keputusan penyanyi asal Sabah itu turut menerima sokongan ramai peminat yang rata-rata memuji keprihatinannya terhadap isu kemanusiaan sejagat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: