"Apa yang boleh saya beritahu di sini doakan yang baik buat saya dan sudah tentu saya pun nak yang terbaik. Jadi doakan yang baik-baik. Tiada istilah percubaan, Insya-Allah saya akan buat perlahan-lahan."
Demikian jelas penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, 44, dimana dia enggan mengulas lanjut mengenai penampilan terkininya yang tampil bertudung ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada malam semalam sehingga mendapat perhatian ramai.
Penampilan Elly pada pentas akhir itu mendapat pujian netizen yang rata-ratanya memuji kecantikannya, selain mendoakan agar dirinya kekal istiqamah selepas memilih untuk menutup aurat sepenuhnya.
Klik untuk gambar besar
Berhubung penampilan baharunya itu, Elly berkongsi, suaminya iaitu Mohamad Azlan Che Nuh, merupakan individu pertama yang mengetahui tentang keputusan tersebut dan menyambutnya dengan penuh rasa bahagia.
"Suami adalah orang pertama yang tahu. Dia cium dahi saya tanda dia sangat bahagia dengan keputusan saya. Terima kasih sayang, terima kasih papa (panggilan kepada suami)," luahnya.
Disamping itu, Elly dalam masa sama juga mengakui semangat juang ditunjukkan oleh para sukarelawan misi kemanusiaan Gl0bal Sumvd Fl0tilla (GSF) ke G@z@, Pal£st1n turut menyentuh hati dan memberi keinsafan yang mendalam kepadanya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, keberanian yang dimiliki sukarelawan misi itu cukup berani dan perlu menjadi contoh kepada semua orang.
"Kadang-kadang jihad seseorang itu membuat kita terasa insaf dan sangat hebat terutama rakan-rakan kita yang mengikuti GSF. Mereka sangat hebat! Saya mengharapkan kita semua sama-sama kuat.
"Doakan yang baik supaya mereka selamat sampai ke tanah air," ujarnya yang turut menegur segelintir pihak yang tidak habis-habis mencari sil@p mengenai usaha murni peserta GSF.
"Saya juga mohon di sini hentikan kata bukan-bukan, usaha mereka cukup baik mengapa mesti kita memat@hkan semangat dan keluarkan kata-kata tidak cerdik. Tak payah pers0alkan itu dan ini. Daripada kita sibuk pers0alkan lebih baik doakan untuk mereka yang berjuang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment