05 October 2025

TANGGUH MUAT NAIK VIDEO HADIAH HARI LAHIR KE-5 FATIMA - FAZURA MAHU HORMAT ISU GSF : "SAYA MERASAKAN SEKARANG KURANG SESUAI & AGAK TIDAK ELOK UNTUK DIKONGSIKAN..."



"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala kasih sayang, ucapan, doa serta hadiah yang diberikan sempena hari lahir puteri saya, Fatima. Saya amat menghargai setiap seorang daripada anda yang berhati mulia serta pemurah.

"Saya telah merakamkan hadiah-hadiah tersebut, namun mohon maaf kerana memilih untuk memuat naiknya sedikit lewat. Saya merasakan sekarang kurang sesuai dan agak tidak elok untuk dikongsikan pada waktu suk@r ini.

"Dengan penuh kasih sayang, segala perhatian kini tertumpu kepada Gl0bal Sumvd Fl0tilla dan G@z@. Lots of love, all ey£s on G@z@," itulah tulis pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 42, menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Dalam hantaran itu, Fazura telah menitipkan penghargaan tulus buat peminat serta rakan-rakan yang tidak putus-putus menitipkan ucapan, doa serta mengirim hadiah sempena hari lahir ke-5 anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya.

Klik untuk gambar besar

Hari lahir Fatima yang j@tuh pada pada 2 Oktober lalu tetap menjadi momen istimewa, meskipun disambut dalam suasana dunia yang penuh ujian.

Dalam pada itu, Fazura memilih untuk tidak berkongsi di laman sosial hadiah yang diterima puterinya itu kerana merasakan kurang sesuai pada ketika ini.

Keputusan itu dibuat sebagai tanda hormat kepada situasi g£tir yang sedang dihadapi aktivis kemanusiaan dan rakyat Pal£st1n berhubung misi Gl0bal Sumvd Fl0tilla (GSF).

Perkongsian Fazura itu telah mendapat perhatian, dimana ramai yang memuji sikap Fazura yang peka terhadap isu kemanusiaan ini.
Selain itu, ada juga yang menganggap Fazura sebagai contoh selebriti yang s£nsitif terhadap keadaan dunia.

Untuk makluman, Fatima merupakan anak hasil perkahwinan Fazura dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.

Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017, namun disahkan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Fattah kemudian kembali mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, penyanyi Amira Othman pada 14 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: