05 October 2025

KILAUAN EMAS 2025 - MAZLEEN SEBAK DINOBAT JUARA



Tahniah diucapkan buat peserta Mazleen atas kemenangannya apabila dinobatkan sebagai juara pr0gram Kilauan Emas 2025, sekaligus membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Mazleen yang kelihatan sebak apabila usahanya selama ini terbal@s dengan kemenangan itu turut menerima pakej umrah dan juga percutiaan 4 hari 3 malam di Dubai, UAE.

Manakala naib juara pula disandang oleh peserta Zekrai, dimana dia memperoleh RM10,000 serta trofi dan juga pakej percutian di Bali, Indonesia.

Klik untuk gambar besar

Bagi tempat ketiga dimiliki peserta Nawary yang membawa RM5,000 berserta trofi dan percutian di Danang, Vietnam.

Sementara Zanie, Ezan dan Majid pula berpuas hati apabila menduduki tempat keempat, kelima dan keenam, dimana masing-masing memperoleh RM3,000.
Selain itu, Majid turut dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week, manakala Cabaran 30 Hari Nestle Omega Gold pula diperoleh Ezan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir pihak yang mendakwa Kilauan Emas kali ini tidak semeriah seperti zaman Wak Mustar, dimana ia penuh dengan gelagat mencuit hati sehingga juri dan penonton tidak kering gusi.
Ini kerana ada yang tidak tahu Kilauan Emas 2025 sudah sampai ke peringkat akhir ketika pengacara belakang tabir membaca komen seorang pengguna media sosial.

Apapun, bagi pendapat korang pula macam mana? Adakah Kilauan Emas ini masih relevan lagi atau tidak?

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: