05 October 2025

TAMPIL BERTUDUNG DI PENTAS AKHIR KILAUAN EMAS 2025 - RAMAI DOAKAN ELLY MAZLEIN KEKALKAN PENAMPILAN, ISTIQAMAH



Nama Elly Mazlein hangat diperkatakan selepas dia tampil bertudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor pada malam tadi.

Ramai yang terk£jut melihat penampilan baharu Elly yang selaku pengacara pr0gram itu, dimana ia turut mengundang sorakkan penonton, malah ada juga yang mendoakan agar penyanyi dan pelakon ini dapat kekalkan penampilan bertudung serta istiqamah.

Berhubung penampilan bertudung itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenainya.

Di pentas akhir tersebut, Elly membuat kemunculannya dengan mendendangkan lagu 'Tuhan Jaga Dia Untukku' yang pernah dipopularkan oleh Fiena.

Klik untuk gambar besar

Namun apa lebih menyentuh hati, Elly juga terlihat sebak sehingga tidak mampu melontarkan nyanyian dengan baik semasa menyanyikan lagu berkenaan.

Emosi Elly bagaimanapun kembali stabil apabila rakan pengacaranya, Joey Daud muncul di atas pentas.

Sementara itu, peserta pentas akhir Kilauan Emas 2025 terdiri daripada Ezan, Majid, Mazleen, Nawary, Zanie dan Zekri.

Pr0gram berkenaan juga menampilkan Erra Fazira, Ning Baizura dan Roy Azman sebagai juri tetap serta Datuk Yusof Haslam sebagai juri undangan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: