Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah mengadakan majlis ulang taun kelahiran ke-5 puteri tersayangnya, Nur Fatima Aisya dengan memilih tema Unicorn yang ceria dan penuh warna-warni.
Menerusi sebuah video tular di media sosial, sambutan hari lahir yang diadakan di pusat permainan kanak-kanak Jungle Gym itu turut diraikan bersama isterinya, Amira Othman serta ahli keluarga.
Dalam majlis tersebut, Fattah dilihat mendukung Fatima ketika sesi memotong kek sambil ditemani Amira yang setia berada di sisinya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September lalu dalam satu majlis nikah yang diadakan secara sederhana namun penuh makna di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Majlis yang diiringi oleh kira-kira 200 tetamu itu berlangsung dengan tema Islamik Al-Zauj yang membawa maksud 'dua jiwa dipertemukan oleh ALLAH'.
Sebelum itu, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon dan usahawan, Nur Fazura, namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun bersama.
Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment