04 October 2025

KONSERT EMPAT TANPA NASIHAT ARWAH BAPA - ZIANA ZAIN SEBAK : "DAH TAK ADALAH... KALAU DULU DIA SANGAT 'CONCERN' LAH"



"Dah tak ada lah orang nak tanya kau pakai baju apa nak? Konsert ini kau buat macam mana? Engkau berdiri kat mana dulu? Engkau keluar kat mana? Dah tak adalah.
"Ha mekap siapa mekap... dah tak adalah kan. Kalau dulu dia sangat 'concern' lah. Engkau baju nak macam ni, macam ni, macam ni. Engkau berdiri kau ingat abah ajar kau macam mana?

"Ingat abah... mimik muka itu kat mana semua, ingat? Kalau kau tahu the best key kau. Cakap tu nak, berdiri tu nak. Berdiri tu biar berdiri segak nak. Bukan berdiri megah."

Demikian tutur penyanyi Ziana Zain, 57, dimana dia masih mengingati setiap butir perkataan yang diucapkan Allahyarham ayahnya, Zin Abdullah dan paling memilukan apabila kepulangannya ke rumah tidak lagi disambut oleh sapaan mesra ayahnya yang menanti di rumah.

Dalam temu bual tersebut, Ziana tidak dapat mengawal perasaan apabila menjawab soalan media berkenaan persembahan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 tanpa nasihat Allahyarham ayahnya, Zin Abdullah.

Menurut kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu, ayahnya juga selalu berpesan agar berdiri penuh yakin setiap kali mengadakan persembahan.

"Dia kata, berdiri 'confident' nak. Kalau kita berdiri 'confident', orang tengok kita 'confident'. Banyaklah nasihat dia. Cuma Kak Jee... dah tak ada... dah tak ada orang nak tanyalah lagi.

"Nak... nak dia buka-buka Instagram, oh cantiknya mekap kau. Siapa mekap kau nak? Baju kau? Dah tak ada dah. Orang yang kita balik, tunggu kita show tu dah tak ada.

"Macam abah, lepas kita konsert tu abah tunggu, dia tak tidur. Macam mana nak? Okey nak? Hello abah, doa, abah sembahyang hajat, abah call, jangan apa-apa jadi nak.

"Tapi sekarang dah tinggal seorang ajelah," ujarnya yang mula menangis, selain turut berharap seluruh keluarga serta peminat mendoakan agar konsert ini berjalan lancar.

Konsert Empat anjuran Anuar Zain Network yang mengabungkan Ziana, Anuar serta pasangan anak buah mereka yang juga penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri, bakal berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang pada 18 Oktober ini.

Terdahulu, Zain atau nama sebenarnya, Zin Abdullah meninggal dunia pada jam 3.32 petang 26 Ogos lalu, di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, pada hari yang sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: