30 October 2025

ASET TERMASUK 3 KERETA MEWAH BERJAYA DILEL0NG RM1 JUTA - ROSLAN SHAH HADIR BERI SOKONGAN BUAT DATUK SERI VIDA : "DIA RUNGS1NG TENTANG ISU INI... ALLAH AKAN MENGUJI TETAPI DIA SANGAT KUAT..."



Pr0ses lel0ngan yang diadakan di kediaman jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak, hari ini berjaya dilaksanakan oleh syarikat Ah Design Communication selaku penuntut hut@ng selepas hampir setahun tertangguh.

Kesemua barangan peribadi milik usahawan itu termasuk tiga kenderaan mewah berjaya dilel0ng dengan nilai keseluruhan RM1 juta apabila usahawan Norzamri Abdullah memperoleh keseluruhan barangan selepas seorang lagi pembida menarik diri yang pada mulanya dua pembida.

Pr0ses lel0ngan itu dilakukan oleh pelel0ng berlesen S. Punithawati, dimana ia mula berlangsung pada pukul 10.40 pagi dan selesai kira-kira 1.40 petang, Khamis.

Antara aset yang dilel0ng ialah sebuah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 selain 727 barangan dalam rumah seperti set sofa, meja makan, televisyen, penghawa dingin, teleskop, gitar elektrik, piano, set karaoke, meja pool, hiasan dinding dan pasu.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Ah Design Communication iaitu Samir Zainal memaklumkan, masih terdapat baki tuntutan bernilai kira-kira RM100,000 dimana bayarannya akan ditentukan kemudian berdasarkan arahan dan perbincangan dengan anak guamnya.

"Saya difahamkan tuntutan bagi baki itu masih akan diteruskan tetapi jumlahnya tidak besar seperti sebelum ini. Mungkin akan ada pr0ses susulan, sama ada melalui rundingan atau tindakan lain, namun ia bergantung kepada keputusan seterusnya," katanya.

Sementara itu, ketika pr0ses lel0ngan, Roslan Shah, 53, hadir memberi sokongan kepada Vida dan berkata, kedatangannya bukan untuk mencampuri urusan peribadi usahawan itu atau perundangan yang sedang berjalan, sebaliknya sekadar memenuhi janji untuk memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu.

"Saya datang sini pun memberikan sokongan kepada Vida, malam tadi kami berbual apa mas@lah dia. Tapi apa yang saya tahu perkara ini belum diputuskan oleh mahkamah untuk dilel0ng. Kita doakan yang baik-baik sahajalah.
"Saya datang ni sebab kasihankan dia (Vida), walaupun dia rungs1ng tentang isu ini tetapi dia kuat. Minggu lepas saya baru ke sini ada kerja, tetapi hari ini saya dah janji kepada dia akan datang berikan kata-kata semangat. Saya nak hilangkan tekanan dia," jelasnya.

Dalam pada itu, Roslan turut menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Vida yang dilihat tenang meskipun berdepan tek@nan dengan isu berkenaan, selain dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai k0nflik antara usahawan itu dengan pihak kontr@ktor kerana menganggap ia sebagai urusan peribadi.

"Saya tidak boleh masuk campur tentang urusan dia, ia adalah privasi mereka. Itu antara Vida dengan pihak kontr@ktor dan peguam. Saya tak boleh memberikan sebarang komen kerana saya tidak memahami apa yang berlaku. Vida ada terangkan tetapi saya cakap Insya-Allah semuanya akan selesai.

"Allah akan menguji tetapi dia sangat kuat melalui semua ini. Itu yang saya sangat respek kepada Vida. Anak-anaknya juga kuat. Ramai peminat pun doakan untuk mereka sekeluarga," ujarnya yang juga percaya Vida cukup kuat berdepan dug@an sebegini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: