"Kadang-kadang kita bersembang, kita rancang, kita gembira, kita kongsi dan kalau tak jadi nak buat macam mana. Kita pun kadang-kadang jumpa orang meng@rut yang Allah bagi.
"Saya rasa ketika itu saya tengah gembira selain pernah duduk sana pun beberapa kali. Paling lama tinggal sampai tiga bulan. Rasanya itu (tinggal di Mekah) adalah hajat semua orang."
Itulah kata pelakon Zul Ariffin, dimana dia membatalkan hasrat untuk berhijrah ke Mekah selepas sebelum ini pernah berhasrat untuk menetap di sana atas urusan perniagaan.
Ujar Zul, semua berhajat untuk tinggal di Mekah namun keputusan itu dibuat selepas dia menilai semula keadaan dan tidak semua yang dirancang akan menjadi.
Klik untuk gambar besar
"Kadang-kadang sebagai artis ada benda yang kita rancang seperti perniagaan dan sebagainya tapi bisnes bukan keluar berniaga sahaja boleh terus jadi kaya. Kalau menjadi Alhamdulillah tapi tidak semua berjaya, lagi pula saya bukan orang daripada keluarga peniaga.
"Dalam karier dan keadaan sekarang, kalau saya lepas (kerjaya) semata-mata ambil ris1ko bekerjasama dengan orang kita sendiri tak tahu betul atau tidak agak mustahil.
"Sekarang ini tahulah di luar itu ada macam-macam orang meng@rut. Agak buang masa dan karier saya sekarang pun okey, satu demi satu tawaran datang," tuturnya.
Tambahnya lagi, lakonan adalah bidangnya dan dia gembira dengan kerjayanya serta mahu memberi fokus dengan apa yang dimilikinya kini.
"Sekarang saya hanya padam saja niat itu dan tolak tepi sebab saya tak nak bekerjasama dengan orang meng@rut. Itu saja. Kita ada fasa jumpa orang bagus dan ada juga bertemu orang meng@rut. Saya anggap benda itu adalah fasa jumpa orang meng@rut. Itu sahaja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment