13 October 2025

BAKAL DAPAT KAKI PALSU - SATHIYA LUAH RASA GEMBIRA & BERSYUKUR



"Saya sangat gembira bila pihak YKAT beritahu akan bantu untuk dapatkan kaki palsu itu. Datuk DJ Dave memang lain daripada lain dan kami juga sudah kenal lama. Apa sahaja bantuan yang diberikannya, saya terima sahaja.
"Sebelum saya gunakan kaki palsu itu, saya perlu pastikan kaki saya yang baru selesai pemb£dahan ini sudah okay dan tiada luk@, kemudian baru boleh pakai kaki palsu itu."

Demikian kata pelawak veteran, Sathiya, 61, dimana dia meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana bakal mendapat kaki palsu untuk membolehkannya berjalan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy, mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dalam menghulurkan bantuan kepada artis veteran memerlukan sepertinya.

Bantuan itu diterima Sathiya pada majlis penyerahan sumbangan kepada artis veteran oleh Presiden YKAT, Datuk DJ Dave sempena sambutan Deepavali di Pejabat Urusan YKAT, Jalan Kampung Attap di sini, hari ini.

Pada majlis itu, ahli pemegang amanah YKAT, iaitu Datuk Nancie Foo, Datuk Nash dan Dr Kanagarajan, juga turut hadir sama.

Sebagai persediaan menyambut Deepavali pada 20 Oktober ini, YKAT menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 15 artis veteran yang majoritinya daripada bangsa India.

Disamping itu, mengulas sumbangan wang tunai yang turut diterima daripada YKAT, Sathiya berkata, ia membantu untuk menampung perbelanjaan harian dan kos rawatannya di hospital.

"Setiap kali perayaan, pihak YKAT memang akan beri sumbangan. Sudah tentu saya bersyukur kerana kalau tak siapa yang mahu beri duit kepada saya?

"Siapa sahaja yang beri sumbangan saya tetap bersyukur dan apa saya dapat ini boleh digunakan untuk sambutan Deepavali dan rawatan di hospital," tuturnya yang masih perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.

Sementara itu, Datuk DJ Dave memaklumkan, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kaki palsu untuk Sathiya yang sudah selesai menjalani pemb£dahan pemot0ngan kaki kiri akib@t k£ncing manis kr0nik, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, permohonan kaki palsu yang dianggarkan mencecah RM25,000 itu sudah dibuat dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan dijangka diserahkan kepada Sathiya pada tahun ini.

"Kita akan ikhtiarkan dan kami juga sudah berbincang dengan pihak PERKESO. Jadi, selepas ini bila sudah siap kita akan teruskan dengan pr0ses penyerahan kepada Sathiya.

"Saya difahamkan untuk satu kaki palsu yang betul-betul baik dari segi kualiti anggarannya dalam RM25,000. Bagaimanapun, saya belum pasti kaki palsu yang bernilai berapa ringgit yang akan diterima tapi kami tetap akan bantu uruskan dengan baik," ujarnya.

Terdahulu, pada 19 September lalu, kaki kiri pelawak yang sinonim dengan sitkom popular, 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' era 1990-an itu selesai menjalani pemb£dahan memot0ng kaki kiri akib@t k£ncing manis di Hospital Ampang.

Tahun lalu, Sathiya pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t s£rangan angin ahmar yang membuatkan pergerakannya terbat@s.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: