"Saya sepatutnya sudah menetap di Arab Saudi untuk menjaga sebuah vila di sana. Saya juga terbabit membawa jemaah untuk mengerjakan umrah dan yang ke sana buat haji.
"Saya sendiri pula dapat peluang buat haji. Ikutkan, memang nak 'settle down' di sana. Saya sudah ingat nak berhijrahlah sebenarnya.
"Namun, rezeki saya timang cahaya mata pertama pada Jun lalu selepas dua tahun berkahwin. Jadi lepas anak lahir saya dah tak ada keinginan untuk nak kembali balik."
Itulah jelas penyanyi Ahdan Salleh atau Kodan Raja Lawak, 41, yang berkongsi dia hampir berhijrah ke Arab Saudi atas tuntutan kerja di sana, namun memutuskan kembali ke tanah air selepas dikurniakan cahaya mata sulung pada sekitar Jun lalu.
Dalam pada itu, Ahdan juga mengulas mengenai dirinya yang sudah lama menghilang dari industri, dimana dia sebenarnya terbabit dengan pelbagai pekerjaan lain demi kelangsungan hidup dan mencari rezeki.
Bagaimanapun, Ahdan berkata, ada hikmahnya pulang semua ke Malaysia apabila mendapat rezeki menjadi 'saudagar' minyak wangi apabila diberi kepercayaan oleh Lattafa Malaysia sebagai jurucakap.
Perkara itu sekali gus menjadi titik mula penting buatnya kembali bersemangat untuk aktif sebagai penyanyi semula, namun Ahdan memberitahu, dia akan bergerak solo dan bukan bersama kumpulan Flava yang pernah menaikkan namanya dulu.
"Mungkin ramai nampak saya sudah lama menghilang dalam industri. Sebenarnya tak menghilang, cuma hanya aktif di belakang tabir, menguruskan acara. Sekarang saya buat 'comeback' dalam nyanyian selepas disunting oleh Lattafa Malaysia.
"Saya fikir mahu ketengahkan genre Arab Moden menerusi single baharu saya Lattafa yang ada mesej berguna. Saya sebenarnya tidak fikir untuk popular, tapi sekiranya ada rezeki dengan lagu ini, saya bersyukur," ujarnya.
Demi tujuan itu, Ahdan juga kembali buka akaun media sosial kerana percaya platf0rm itu membantu dirinya melakukan 'comeback'.
"Sebab bila orang kenal kita dengan pr0duk kita, mudah untuk kita hasilkan pr0duk lain pula. Kalau diikutkan saya tiada media sosial, TikT0k atau sebagainya sebab saya artis lama tapi sekarang kita kena ikut arus.
"Ada keperluan untuk saya mempunyai laman sosial. Ini juga satu platf0rm untuk kita prom0sikan muzik kita," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment