13 October 2025

KONGSI VIDEO 'REHEARSAL' AMAD - SITI NURHALIZA YAKIN FAKTOR KESIHATAN ATAU PENAT BUKAN PUNCA ANAK SAUDARANYA R£BAH ATAS PENTAS : DOAKAN AGAR KITA SEMUA SENTIASA DALAM LINDUNGAN-NYA, DOAKAN JUGA AMAD"



"Sebagai ahli keluarga, kami mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Ia bukan disebabkan faktor kesihatan, k£san daripada komen-komen neg@tif mahupun keletihan.

"Sebagai manusia biasa, kami percaya dalam kehidupan ini ada perkara yang tidak diduga dan kadang-kadang tidak masuk akal, namun itulah hakikatnya."

Demikian tulis Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, dimana beliau tampil menjelaskan mengenai insid£n anak saudaranya, Amad yang r£bah ketika peringkat akhir pr0gram Talk To My Manager (TTMM) bukanlah disebabkan faktor kepenatan.

Siti atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin, turur berkongsi video sesi latihan Amad bersama penyanyi Nadeera Zaini yang berjalan dengan lancar, serta men£gaskan Amad berada dalam keadaan baik dan sihat untuk membuat persembahan.

Namun begitu, Siti yang memuat naik perkara itu menerusi media sosial miliknya, percaya sesuatu yang lain telah berlaku yang menyebabkan anak saudaranya itu tiba-tiba r£bah.

Klik untuk gambar besar

Penyanyi itu dalam masa sama turut men£gaskan, sesiapa yang berada di lokasi pada hari tersebut pasti memahami apa yang terjadi.

Demi keadilan kepada Amad, Siti juga berharap agar tidak timbul pelbagai persepsi neg@tif kerana hanya mereka yang menyaksikan kejadian itu sahaja yang benar-benar mengetahui situasi sebenar.

"Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam, pasti tahu apa yang berlaku, untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah ada pelbagai persepsi kerana mereka yang melihat kejadian sahaja yang tahu.

"Begitulah, setiap kita ada cabaran, apatah lagi dalam bidang seni yang penuh dengan liku. Segalanya terbuka luas," ujarnya yang juga mendedahkan bukan hanya Amad yang terk£san dengan kejadian tersebut, malah adiknya iaitu Aisy, turut menerima t£mpias.
Disamping itu, Siti mengajak orang ramai untuk mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa dilindungi, selain Amad diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

"Doakan agar kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Doakan juga Amad," tuturnya yang merupakan kakak kepada ibu Amad, Siti Saerah ini.

Pada malam kejadian, Amad dijadualkan menyanyikan lagu 'Cinta Kerana Cinta' nyanyian asal Judika, namun r£bah sebelum sempat memulakan persembahan.

Amad bagaimanapun tetap meneruskan persembahannya sehingga ke akhir, termasuk berduet bersama penyanyi Nadeera Zaini untuk lagu 'Bukan Lagi Kita', sebelum diumumkan sebagai pemenang tempat keenam dalam pr0gram itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: