Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 33, yang kini sedang hamil anak ketiga itu memberitahu suaminya, penyanyi dan pelakon iaitu Raja Syahiran berharap agar dikurniakan anak perempuan selepas mempunyai dua anak lelaki sebelum ini.
Jelas Uyaina, dia sudahpun membuat pemeriksaan jantina bayi dalam kandungannya yang kini sudah mencecah lima bulan, namun dia memilih untuk tidak mengetahui jantina anak ketiganya itu.
"Suami harap anak ketiga ini perempuan kerana kami sudah ada dua anak lelaki. Sebenarnya, doktor sudah beri 'folder' (fail) yang beritahu keputusan jantina bayi tapi sampai sekarang saya lebih selesa untuk tidak mahu mengetahui keputusan itu lagi.
"Jika nak diikutkan suami memang mahukan anak ketiga kami perempuan tapi saya pula tak nak berharap kerana apa yang Allah SWT kurniakan kita akan terima nanti.
"Ramai juga kawan-kawan yang bertanya macam mana saya boleh bersabar untuk tidak mengetahui jantina anak kami sampai sekarang? Mungkin bila tarikh bersalin dah dekat menjelang Februari depan, baru saya tengok keputusan jantina anak kami itu," tuturnya.
Dalam pada itu, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya bersama bayi dalam kandungan, dimana ia berada dalam keadaan baik.
Klik untuk gambar besar
"Saya juga lebih suka memasak air tangan sendiri di rumah ketika hamil kali ini berbanding dari makan di luar dan paling suka sajian makanan kampung," kata bekas pengacara pr0gram bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) ini.
Sementara itu, ditanya mengenai tawaran berlakon pula, Uyaina memberitahu, dia terpaksa menolak lima tawaran projek filem kerana mahu memberi fokus pada kehamilan ketiganya itu.
"Saya dapat tawaran buat tiga projek filem genre berbeza termasuk s£ram dan sepatutnya penggambaran pada Jun lalu tapi saya terpaksa tolak kerana masa itu dapat tahu diri hamil kira-kira dua bulan ketika itu.
"Selepas saya tolak tiga projek itu, ada dua lagi tawaran filem yang datang tetapi terpaksa juga menolaknya. Buat masa ini, saya terpaksa tolak dahulu tawaran berlakon kerana tak sesuai dengan keadaan perut yang besar tapi kalau watak wanita hamil mungkin boleh dipertimbangkan," ujarnya.
Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Shahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Raja Urhan, 3 dan Raja Urayyan, 1.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment